I'M IN MALAYSIA NOWmy contact number.. 019-3835377
posted by mizie at 1:59 AM
::
AKU DAH JADI POKCIKgreat news, my sister-in-law just delivered her first baby yesterday morning 6.30am malaysia time. so now i can bring title uncle or PAK NGAH together with me. so happy. but the most happiest person is probably my brother or maybe my dad and my mom since they got their first grandchild. not to forget, my kak long. thanks so much.
they still not yet naming him. oh, it was a baby boy. 3.8 kg. my heavy nephew.
wait for your pak ngah to come home yaa....
posted by mizie at 6:18 PM
::
SILAUkelik kelik, semalaman aku berklik. memetik butang plastik made in thailand. mencari sudut-sudut sesuai. tapi malang, kurang pencahayaannya. maklumlah, dah pukul 10.30 malam. mana ada mataharinya, bulan pun tiada. mungkin kosong isi ketam kalau dibeli esok.
walaubagaimanapun, ini hasilnya.

cinta yang terbentuk, dari 3 biji lampu jalan dari tingkap bilikku.
posted by mizie at 2:31 PM
::
MINYAK OHH MINYAKaku habiskan masa membaca penulisan
encik jones, membuatkan hari aku ini tersenyum. mungkinkah cuaca kacau bilau disini membuatkan aku sedikit kaku. malam buta mencecah negatif nombornya, siang hari hanya satu angka sahaja. ini bulan 3, bulan bulan 12 atau 1. adakah ini fenomena kepanasan sejagad (global warming)? ataupun dunia mahu kiamat? bumi kita makin tua. sama seperti kita. ada masa, ia akan pergi jua. termasuk semua yang menetap diatasnya.
aku bukan mahu bersyarah atau bertazkirah ataupun berceramah. cuma bila dipikirkan mengenai kepanasan sejagad, aku kaitkan dengan carbon monoxide (betul atau salah, harap maafkan). bila dikaitkan dengan carbon monoxide, aku kaitkan pula dengan asap kereta. bila kereta, sudah tentu aku kaitkan dengan minyak. minyak oh minyak.
aku ikuti perkembangan malaysia melalui media elektronik sedia ada. klik sahaja. tentu ada. melainkan kalau cuti tahun baru cina, sedah tentu tidak diupdatenya. isu semasa sudah tentu kenaikan harga minyak. oh naik lagi. kali ini sehingga tiga puluh sen.
mungkin ini betulnya teka teki yang aku pernah dengar selama ini. "Dalam banyak-banyak benda kat MALAYSIA, benda apa naik tak turun-turun" - jawapan minyak. aku bukan maksudnya minyak masak ataupun minyak wangi issey miyaki ataupun CK serta polo, tetapi minyak petrol dan juga segala minyak yang berguna untuk menggerakkan anda kemana-mana. minyak yang anda corongkan kedalam rongga kenderaan anda. diteguk bergelen-gelen, berliter-liter.
sebab utama yang dinyatakan para menteri mengapa minyak naik, disebabkan harga runcit petrol naik. tapi adakan kita tahu Exxon Mobil mengutip untung sehingga 25.3 billion US dolar dan Shell pula sebanyak 23 billion US dolar? aku tidak rasa kenaikan harga runcit minyak disebabkan oleh permintaan yang meningkat ataupun stok sumber asli itu yang berkurangan. jadi fikir-fikirkan lah. kita dah besar, bukan kanak-kanak 7 tahun yang masih belajar mengira dan membaca.
mungkin masih boleh diterima kenaikan 30 sen harga minyak itu. sedarkah, apa yang akan berlaku nanti. hari ini saja, syarikat mengangkut lori di Johor sudah naikkan harga servisnya. 12 hingga 20 peratus. alasan, harga kos yang meningkat. ohh, alasannya. sungguh menyakitkan hati. tunggulah nanti, tambang bas, harga susu, gula, cili, ayam, ikan, beras, sabun, tepung, susu bayi, pasti akan naik juga. walaupun dinyatakan di akhbar, kementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna akan memantau kenaikan harga, ahh semua tiada guna. masihkan mereka belum belajar dari apa yang belaku sebelum ini. bodohkah mereka? cakap saja itu ini, cakap di akhabar, cakap di telivisyen, tayangkan muka, tunjukan ketegasan tapi tiada guna. naik juga. susu naik sepuluh sen setin, tepung naik sepuluh sen sekilo, gula naik sepuluh sen sekilo. minyak hanya dinaikkan 30 sen seliter, sedangkan lori diperosok bertan-tan minyak, tepung, gula, susu, cili. dimana peningkatan kosnya? tidak langsung menjejas keuntungan mereka. berapa banyak mahu untung? satu juta, sepuluh juta?
kasihanlah mereka yang hanya bekerja sebagai kerani, penghantar surat khabar, posmen, guru tabika, opis boy. mampukan mereka? jika anda bergaji 2000 keatas, mungkin ada juga terasa tapi mungkin sedikit kesannya. bayangkan mereka, hanya bergaji sekitar 600 ringgit, berkeluarga, anak dua. siksanya.
mungkin banyak perkara yang aku belajar selama aku disini. bukan sekadar akademik, tapi juga persoalan hidup. banyak benda yang boleh diperbaiki, banyak perkara yang boleh diubah. tetapi selagi semua pemikiran kita masih kekal di satu takok, tidak mahu dibuka seluasnya, dijelajahi semuanya, kita tidak akan mampu berbuat apa apa. hanya mengangguk dan mengikut. itu ini, begitu begini, kita turut sahaja.
aku bukan mahu berpolitik. menyokong mana-mana parti, tidak sekali. aku benci politik. kotor dan busuk. sungguh jijik. tapi aku mahu lihat rakyat negara aku lebih sedar apa hak mereka.
aku terima satu email dari seorang sahabat. disertakan sekali bersama surat untuk PM. mungkin ia nampak seperti satu jenaka. tetapi cuba kamu semua dapatkan isi yg cuba diluahkan penulis itu.
Kepada Pak Lah, Perdana Menteri Malaysia Boleh.......Blah
Hari nie tah hari berapa Pak Lah jadi PM kami
Memang dari dulu kami sokong sampai lani
Tapi hari nie, buka mata, senak perut anak bini
Tengok Pak Lah habag minyak naik lagi
Memang kami tak tau pasai ekonomi
Yang tau semua Pak Lah ngan kroni
Tapi sampai bila nak jadi lagu nie
Dapat gaji habis tak berbaki
Pak Lah habag tak boleh buat apa
Nie semua ekonomi dunia
Kalau tak naik nanti dunia kata apa
Habis tu yang rakyat dok menderita, tak pa ka
Dulu Pak Lah kata nak jaga rakyat
Kunun Pak lah nak kerja sama sama dengan rakyat
Nie dok nampak macam nak telan kederat
Dok nampak kami yang nak melarat
Pak Lah kata masalah rakyat nak ambik berat
Kunun tak mau tengok rakyat hidup melarat
Tapi kalau macam nie punya sarat
Darah rakyat pun boleh sejat
Kerajaan ada kata rakyat manja subsidi
Kunun asyik kerajaan saja dok bagi
Sapa kata kami rakyat tak pernah bagi
Tu...yang lima tahun sekali tu....sapa bagi??
Tiap kali naik harga, dok banding sini sana
Hampa tengok, kat Thailand lagi mahai dari kita
Apa jenis depa punya kira
Awat tak ikut pulak Brunai punya harga
Brunai tak leh kira
depa punya minyak berlambak tak terkira
Awat, minyak Malaysia tak dak harga ka?
kalau tidak, tak kan jual minyak kita beli minyak depa
Ada Petronas pun tak leh buat apa
Ada duit sikit, dah nak mengada
Pi buat segala menara pagoda kembaq dua
Nak tunjuk, kami la kaya
Petronas kata kami tak tau apa
Kerajaan yang buat kira bicara
Kami ikut apa depa kata
Royalti jadi ehsan pun kami tak leh kata apa
Kunun dok habag petronas hak rakyat semua
Pakailah minyak petronas, nanti untung dapat kat kita
Nie, nak tanya la....tiap tahun untung beribu juta
Rakyat dapat apa ????? kudis buta....
Hari nie petrol naik, tahan la lagi
Tengok pulak apa cerita esok pagi
Habis ikan, ayam, cabai sampai ke cili
depa pun sama tumbas naik sekali
Nanti ada la menteri tolong bercakap
Sapa naik harga dia nak pi tangkap
Sampai bila la dia nie nak ubah sikap
Ingat yang dok meniaga kat market tu heran kot dia punya cakap
Pak Lah mau renung nasib kami
Kais hari nie makan untuk kemarin pagi
Anak kecik pun dok ada lagi
Boleh hidup ka kami lagu nie
Dah tak larat nak tanggung cukai
Sini cukai, sana cukai
Dari tanah sampai ke pintu punya ada cukai
Dah sampai masa kot Pak Lah kena guna akai
Jangan dok ingat rakyat macam Pak Lah
Gaji berpuluh ribu hidup tak susah
Ada anak pulak bisnes sebelah sebelah
Dapat tender pun tak payah susah susah
Kami rakyat bukan macam tu
Malah la nie pun dah ada rebus siput babi dgan batu
Sedih sungguh ohhhh negara ku
Biar tak merdeka terus pun tak la kalau lagu tu
Dah sampai masa Pak Lah ingat
Selesai masalah rakyat cepat cepat
Nanti kot rakyat naik meluat
satu undi pun Pak Lah tak dapat
Cukup la sampai di sini
Tobat dah...aku tak mengundi BN kali nie
Parti Barang Naik pulak kot jadi depa lani
Kot ada sapa nak Barang Naik lagi undi la depa lagi...
Yang Benar,
Rakyat yang semakin tak larat
jumpa lagi. aku mahu pulang.
posted by mizie at 4:24 PM
::
1st Runner Up, what an achievement!!!on 13 november, at Nottingham's Malaysian Games
my first time, represented my Loughborough Uni Malaysian Society
in 5 a-side footy, and I was a... GOAL KEEPER...
this is my first time played footy in that tournament
have tried playing volleyball and badminton before
but both failed
not this time anymore, maybe Hari Raya's luck
my team reach final
but we lost 1-0 to Seven Kings in extra time
(maybe if you're studying here, you'll know this team)
moral of the story is
at least i have medal collection
hehehe...
posted by mizie at 11:29 AM
::
NEED HELP, VOLUNTEERS WANTEDi need to create my first page intro for my photo site
but unfortunately, i don't have expertise to make it
so i would like to ask for anybody to help me
maybe there will be someone out there
who willing to lend me their hands
but for this moment
i just linked my photo site here
just added new picture under new theme
enjoy it
GRANADALITTLE ANGEL
posted by mizie at 2:40 PM
::
MY NEW PHOTO WEBSITEjust launched today. enjoy.
click here
posted by mizie at 5:13 PM
::