Friday, January 30, 2004

AHAD NIE RAYA?

aku berkampung kat rumah semalam. tak dapat nak gerak pegi mana-mana. sejuk sangat aku nak berjalan kaki 40 minit nak pegi opis. silap gaya, aku kejung kat tengah jalan nanti. so, better aku buat je keje kat rumah. salji yang turun semalam still ada. kalau tahun lepas, tak sampai 5 jam dah cair. maybe sebab kali ni lebat sikit kot. sebab tu tahan lama.

hari nie hari jumaat, esok hari sabtu dan lusa hari ahad. dan hari ahad nie hari raya haji. maka genaplah 4 kali aku raya jauh dari family aku (dua raya puasa, dua raya haji). apa boleh buat. kalau rumah dekat, dah lama aku balik. tapi nie jauh, 13 jam atas flight. dan costnya pulak mencecah 3.5k. tu kalau multiply by 2, dah boleh buat duit hantaran tu.

so, sempena raya yang akan kunjung tiba nie, aku mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf kalau ada buat salah silap kat semua orang yang aku kenali dan mengenali aku. kalau aku dah termakan terminum ke, harap halalkan. kalau aku ada hutang, tolong cakap. tak pun kalau nak ikhlas, ko kasi jee langsai. habis cerita. hehehe...

best aaa korang kat mesia makan sedap2. aku kat sini makan je apa yang ada. hopefully kali nie banyak open house sebab raya jatuh hari ahad. dari pagi sampai petang laa jawabnya aku pegi meronda. yang penting, satu hari tu perut mesti penuh. yeahhh!!!!!

aku plan nak buat masak lodeh ayam ngan nasik himpit pagi raya tu. jamu utk aku ngan huosemate. ok tak?



anak snowman ciptaan ku




cinta seputih salju


p/s: dihari raya, terkenang daku kepada si 'dia'...

posted by mizie at 2:48 PM ::



Wednesday, January 28, 2004

DIA KEMBALI LAGI. KINI LEBIH LEBAT!!

baru puas hati. turun selebat-lebatnya. malam nie, datang rumah aku. kita main ski.



pandangan dari luar opis aku





sekali sekala jadi jakun




p/s: Ya Allah!! aku bersyukur kepadaMu!!

posted by mizie at 2:40 PM ::



AKHIRNYA KAU DATANG JUA

pernah dengar pepatah "women is like europe weather"? (aku lupa ayat yg betul, tapi macam tu laa bunyi dia). aku bukan nak cerita pasal women, tapi aku nak cerita pasal europe weather. since christmas, diorang predict turun snow. dah akhirnya, penantian selama sebulan datang jua. lambat betul snow turun tahun nie. at least turun jugak kan?

melihat snow flake yang turun, indah mata memandang. terasa macam berlakon cite winter sonata pulak. aku jadi hero, amy jadi heroin. tapi cite aku mesti yang happy ending punya (aku yang pengarah merangkap hero, suka hati aaa nak buat cite camne). nampak putih jee permandangan. putih dan bersih. cantik sangat.

aku, epe, farid, epul, naim, lina, arif and mohar dengan dua kereta, meredah dingin pagi. dan akhirnya kami sampai di Beacon Hill. kawasan yang paling tinggi di area loughborough nie. tujuannya bukan apa, nak amik gambar!! kawasan nie cantik. rasa macam kat everest pulak. posing sana posing sini. aku rasa gila gak orang melayu nie. mat salleh sorang pun takde time tu. tapi gasak laaa, aku ialah aku. so, aku buat laa apa aku suka. kalau korang jadi aku, korang pun buat macam tu jugak. nak buat camne, dah jakun. malaysia takde laa nak jumpa. amik peluang yang ada. snow bukan hari-hari. setahun sekali jee beb (kat tempat aku ni laa).

tengahari dijamu makan pasta. perghh!! sedap. thanks lina. kenyang sangat. lepas makan tengahari aku.

nanti aku upload gambar yang aku amik masa snow kat sini ok.

p/s: tempat aku pun ada snow aaa huneydew.

posted by mizie at 1:17 PM ::



Tuesday, January 27, 2004

AKU KEMBALI

empat hari aku tak menulis apa-apa dalam blog aku nie. sabtu, ahad, isnin dan selasa. aku abaikan 'dirty head' ini seketika. bukan apa, ada hal sepanjang 4 hari tersebut. penuh dengan benda yang aku buat. tapi aku tak buat apa sangat pun. cuma aku rasa tenang sepanjang weekend.

seawal pukul 7 pagi sabtu aku bangun. aku ada hal hari tu. pertamanya nak tolong kawan pindah rumah. pindah ke area buckingham drive. orang sini (malaysian only), called this area damansara height. nak tahu apsal? sebab tempat nie exclusive sikit. kawasan orang putih laa katakan (tapi ada gak bangla ngan india kaya-kaya). yang keduanya aku nak pegi surrey. jumpa iqbal then amik barang yang aku pesan masa dia balik malaysia dulu. actually, aku datang sana pun sebab ahad tu nak ambil kawan aku yang baru pulang dari malaysia kat heathrow airport. sibuk gila aku sepanjang weekend tu.

tapi, janji nak tolong kawan pindah rumah terpaksa aku cancle. lambat plak aku bersiap. tengok-jam dah pukul 10. nak sampai surrey dalam pukul 1. tak nak pecut-pecut. oppsss!! utk pengetahuan, aku kena drive pegi surrey. buah hati dan pesan, "bawak hati-hati ye mizie, jangan laju-laju". apsal dia panngil aku mizie? apsal tak panggil aku sayang or abang? takpe.. dia simpan tu. kekekek.. dipendekkan cerita, terpaksa laa aku cancle nak tolong orang pagi tu (melepas aku nasik lemak abang zul).

aku akhirnya selamat sampai ke bilik iqbal dalam kul 4 petang. huh? 6 jam baru aku sampai surrey. apsal lambat sangat ye. sebenarnya, kete yang aku bawak tu buat hal plak. aku sesat seketika masa kat guilford college. aku park kereta and tanya sorang mat salleh kat situ. nama dia mike (semua mat salleh aku tak kenal akan aku panggil mick - default name for english guy). mike tu jelaskan dengan panjang lebar, siap lukis peta topography lagi kat aku. tapi malangnya, ketika aku nak start enjin balik, BATERI KETE KONG!!! kereta tu tak leh nak start. aduh!!! sudah. dah laa bukan kereta aku. apa nak buat nie? tapi nasib baik dah dekat nak sampai. terpaksa laa aku suruh iqbal datang ngan kawan dia. dengan menggunakan teknik 'jump batery', akhirnya kereta tu berjaya aku hidupkan. SELAMAT!!!

ku sangkakan hujan sampai kepetang, rupanya malam tu hujan jugak. kete tu buat hal lagi. tak mau start. dah laa aku plan ngan iqbal nak pegi jumpa czar (rakan gaduh masa form 4 dulu) ngan aida a.k.a
huneydew. so terpaksa pinjam kete kawan iqbal utk kesana. aku menjamu perut aku dengan tomyam and telur bungkus ciptaan czar. (hampeh aaa aida, mana nasik ayam aku?) aku, aida, iqbal, czar and yayan. aku ambil masa malam tu utk berborak. tiba-tiba je aku rasa hyper active sangat. apsal ye? aku dah sewel ke? tapi aida kata aku dah gemuk. sedangkan aku rasa aku dah tough. kekeke... lain kali puji elok2 laa aida. ada ke kata aku dah gemuk. malu tau.

malam sebelum tidur, sempat aku berborak dengan iqbal (lepas dua-dua gayut ngan buah hati masing-masing). borak dari hati ke hati. tanya perasaan iqbal bila dah bergelar tunang orang. dan aku rasa bangga, selepas diceritakan iqbal. aku memegang watak penting dalam percintaan dua insan itu. nak tahu apa dia? aku lah orang pertama yang cakap kat iqbal bahawa laili haryati (betul ke aku eja?) tu dah single. so, tika detik itulah, iqbal mengambil langkah lelaki macho untuk mencuba nasib. dan akhirnya, kejayaan ditangan anda. diterima menjadi kekasih, dan kini sudah menjadi tunangan orang. jaga tunang tu elok-elok. jangan kasi dia kecik hati, jaga perasaan dia, belai dia (perghh.. kata-kata seorang presiden karat corner).

isnin dan selasa, aku kembali seperti biasa. menatap kerja-kerja aku yang makin lama makin bosan dah rasa. aku terseksa!!

p/s: kalau aku menjadi tetikus, mahukah kau menjadi bebolanya?

posted by mizie at 4:57 PM ::



Friday, January 23, 2004

assalammualaikum.........
Actually.. Amy dah tengok weblog yg mizi buat. Ok jugak. Thanks kat kawan mizi yg tolong. Rasanya mizi suka sgt kan? Jangan lupa kat Amy dah la... Amy x tahu ape nak komen. kawan2 mizi yang baca, may be boleh komen banyak2. SAYONARA.........

posted by mizie at 7:14 AM ::



Thursday, January 22, 2004

HATI INI BERPUISI?

KULIT

jangan lihat pada kulit
belum tentu
yang hodoh itu jahat
belum tentu
yang cantik itu baik
jangan lihat pada kulit
belum tentu
yang hodoh itu baik
belum tentu
yang cantik itu jahat
jangan lihat pada kulit
belum tentu
belum tentu
belum tentu


diadaptasi dari puisi Abdul Rahim Idris.

p/s: ada apa pada kulit? kulit ku sawo matang (betul ke?), kulit anda bagaimana pula?

posted by mizie at 6:02 PM ::



SATU, DUA, TIGA, EMPAT

apa yang aku dapat? dapat aku yang apa? aku apa? apa aku?

otak aku kini memutar. memutar-mutar yang pasti dimanakah radian perhentiannya. ligat mencari penyelesaian, yang sudah 2 hari tidak kunjung tiba.

sudah selesai dua gelas MILO 3 dalam 1 aku togok masuk keperut. tapi apa yang aku harapkan, masih juga belum tiba. buka itu buka ini, belek itu selak ini. tapi apa yang ada, kosong. kosong semata-mata. aduh!!

melayan perasaan seketika sambil bersandar dikerusi yang keras ini. semoga idea muncul jua. bantuan aku ini seadanya.

p/s: aku dah beli teddy bear nak pos kat awek aku. ok tak?

posted by mizie at 4:20 PM ::



Wednesday, January 21, 2004

MY LOVE FOR YOU

i dedicated this poet to all person in the world who currenty in love. kalau single pun, aku dedicatekan jugak untuk korang.



My Love For You
-----------------
by Malinta McGuin

My love for you is kept inside
I'll keep it in my heart to hide
but if you ask I will not lie
my love for you will never die

I'll remember you forever more
your eyes, your hair, your face and all
your smile is fixed in my mind
you heart I soon will find

I want to share my life with you
to be as one instead of two
to laugh, to cry, to be together
my love for you will last forever



LOVE you emilda zuraini.

p/s: ada talent jadi president karat corner tak? hehehe

posted by mizie at 5:26 PM ::



MANUSIA DAH TAK MACAM MANUSIA

apa dah jadi sekarang nie? sedih bila aku baca berita di Malaysia. dan yang paling terbaru, kes tentang seorang kanak-kanak 10 tahun yang dirogol dan diliwat. dan akhirnya dibunuh!!! kejam, sangat kejam. tak ada perasaan ke manusia sekarang nie? mana hilang nilai-nilai prikemanusiaan yang ada dalam semua makhluk yang bernama MANUSIA?

aku rasa dunia dah makin teruk. bukan lagi tempat sesuai untuk hidup. tiap hari ada saja yang berlaku. aku rindukan kedamaian. manusia hidup penuh harmoni. sama-sama membantu, sama-sama berganding bahu. tapi yang berlaku adalah sebaliknya. kalau lakukan sesuatu mengikut nafsu, inilah yang terjadi. betul kata orang dulu-dulu, "ikut nafsu lesu, ikut rasa binasa".

p/s: berfikirlah sebelum bertindak.

posted by mizie at 2:24 PM ::



Tuesday, January 20, 2004

HUH!!

baru habis meeting ngan supervisor. macam biasa laa, kena komen itu ini. bagus jugak, at least i'm on the right track. cuma yang bestnya, dulu bila aku kena hentam, aku diam jee.. macam aku buat tu salah. tapi sekarang aku dah pandai melawan. sebenarnya tak salah pun aku buat. cuma cara aku explain buat diorang pikir aku punya cara kerja salah.

take rest for a while. then continue my work.

posted by mizie at 4:46 PM ::



SENAK DI KEPALA

sakit kepala aku. sakit sangat!! entah kenapa, sejak aku belajar di UTM kepala aku cepat benar berdenyut. tambah kalau ada sesuatu yang aku fikirkan. kalau duduk enjoy je, tak pulak jadi.

aku tengah pening design controller untuk research aku nie. cadang nak guna PID controller, tapi waveform yang aku tengok dari graph tak sama pulak dengan waveform yang aku tengok untuk linear analysis. pelik and pening. apsal tak sama ye? any idea? lepas tu freq for gain crossover ngan phase crossover too low. i need to increase this freq to get high response for the system. if i just use PID controller and increase the gain, phase margin will reduce and increase unstability of the system. put phase lag controller for forward compensation is one of the good idea. is it? erm... refer to control book my man!!!

aku tulis kat atas tu bukan nak tunjuk pandai. aku cuba nak train diri aku, berfikir secara analitical. look, analyze and comment. mungkin phenomenon nie yg buat otak aku cepat panas dah cepat rasa nak muntah. kawan aku cakap aku ada migrain, betul ke? malas nak check dengan doctor. hospital kat sini tak sama dengan di malaysia. kadang-kadang aku pun tak paham konsep yang diorang gunakan. itu yang buat aku malas nak jumpa doctor. kalau aku sakit deman pun, just rest kat rumah. makan parasetamol.




i look orange today!!


p/s: aku rindu nak balik malaysia!!!

posted by mizie at 1:39 PM ::



Monday, January 19, 2004

SELAMAT PENGANTIN BARU

aku rasa aku wish aku nie agak lambat. tapi sebenarnya aku dah tahu bila dia kawin. cuma aku nak dedicatekan gambar aku ngan kawan aku yg dah kawin nie.



aku ngan sukun kat venice


bila aku pikir balik, nie kawan aku since form 4. yg sama perangai gila-gila. tapi aku tak sangka dah kawin dah. semoga ko bahagia sukun.

tapi sukun, i still know what you did last time at UTM. jangan risau, aku tak kasitau bini kau. tu rahsia aku ngan kawan-kawan kita yang lain.

p/s: kawan aku ramai dah kawin. aku bila lagi?

posted by mizie at 1:04 PM ::



CUTI HUJUNG MINGGU

sabtu dan ahad. aku gunakan masa ini untuk rehatkan diri aku. penat dari isnin sampai jumaat, sabtu dan ahad pula dijadikan hari untuk melapangkan fikiran. dan hari sabtu juga, aku dan kawan-kawan aku buat 'kenduri' kat rumah. sudah lama aktiviti ini terbengkalai. kalau tidak, boleh kata tiap-tiap bulan ada makan besar kat rumah. sapa lagi kalau bukan kak sha ngan cik lina yang jadi chef. A++++, berselara makan. nanti kita buat lagi ok.

baju hampir satu bulan tak basuh (baju aku banyak, jangan risau). jangan pikir aku pengotor. dan jangan pikir aku malas pulak. kat rumah aku takde washing machine. kalau basuh pakai tangan pulak, nanti nak jemur kat mana. nak jemur kat luar? alamatnya, summer nanti baru laa kering baju tu. so, hall kawan laa jadi mangsa. satu kali basuh 1.20, and satu kali dryer 0.60. so, aku buat 3 kali basuh and 3 kali dryer. total cost aku 5.40. perrghhh!!! mahal jugak membasuh nie. kalau dicalculatekan ikut current currency, it cost me RM 37.80. banyakkan? tapi apa boleh buat, kalau tak letak duit, masakan washing machine ngan dryer nak berputar. i give them money, they give me service. kira adil laaa..

ada kawan request lagi Mirai E yang menjadi background music weblog aku nie. sedapkan lagu nie? aku letak kat sini lagu tu.

p/s: angin kencang bertiup diluar. sejuk pulak tu. camne aku nak balik jalan kaki malam nie nanti?

posted by mizie at 11:45 AM ::



Friday, January 16, 2004

BERJAYA AKHIRNYA

at last, i finished my blog design completely. give a big clap to my fren a.k.a cikgu html ku, cik norzieyuswatie (she's single, contact me if anybody interested). cadang nak study, tapi kantoi. ok, sudah sudah. buat KERJA!!!

posted by mizie at 8:13 PM ::



ALHAMDULILLAH

dua hari bergelumang dengan template blog aku nie. tapi alhamdulillah, dengan bantuan kawan aku (thanks ziizie), aku dapat sesuatu yg sejuk bila mata aku memandang. betul kata orang, hitam itu menawan. tapi ada jugak iklan kata, "hitam itu Perilly's". so, terpulang kepada semua nak kata hitam itu apa.

ada lagi yg perlu aku buat kat weblog aku nie sebelum siap sepenuhnya. archieve aku tak buat lagi, ruang utk comment pun still aku tak letak. Guest book nak letak ke? aku bukan orang famous pun kan? so, nak letak ke tak nak?

so, bagi aku sedikit masa lagi. sambil nak siapkan weblog aku nie, aku still ada keje nak buat ngan study aku. bila nak siap entah laa.. nak kena design controller utk model visual servoing yg aku buat. hope i can settle it a.s.a.p coz i have a meeting with my supervisor on tuesday.

p/s: thanks ziizie. aku suka sangat flash yg ko buat kat atas tu.

posted by mizie at 11:16 AM ::



Thursday, January 15, 2004

KIRORO - MIRAI E

i love this song. so much!! i put this song's lyric and also its translation. hope all of you will like it. how about if we sing together? turn on your speaker, hear the melody and sing with me.


Mirai E - Toward The Future
----------------------------
Hora ashimoto wo mite goran - Look! Look at your feet
Kore ga anata no ayumu michi - This is the road you walk
Hora mae wo mite goran - Look! Look ahead of you
Are ga anata no mirai - That is your future
Haha ga kureta takusan no yasashisa - My mother gave me so much kindness
Ai wo idaite ayume to kurikaeshita - "Embrace love and walk," she said over and over
Ano toki wa mada osanakute - At that time I was still immature
Imi nado shiranai - I didn't understand her meaning
Sonna watashi no te wo nigiri - She held my hand
Issho ni ayunde kita - And walked with me
Yume wa itsumo sora takaku aru kara - Our dreams are always high in the sky
Todokanakute kowai ne - It's scary that they might not come true
Dakedo oitsuzukeru no - But we still continue to chase them
Jibun no sutorii dakara koso - Because it's our story
Akirametakunai - We don't want to give up
Fuan ni naru to te wo nigiri - When I was unsure she held my hand
Issho ni ayunde kita - And walked with me
Sono yasashisa wo toki ni wa iyagari - There were times when I hated that kindness
Hanareta haha e sunao ni narezu - When separated from my mother I couldn't be obedient
Hora ashimoto wo mite goran - Look! Look at your feet
Kore ga anata no ayumu michi - This is the road you walk
Hora mae wo mite goran - Look! Look ahead of you
Are ga anata no mirai - That is your future
Sono yasashisa wo toki ni wa iyagari - There were times when I hated that kindness
Hanareta haha e sunao ni narezu - When separated from my mother I couldn't be obedient
Hora ashimoto wo mite goran - Look! Look at your feet
Kore ga anata no ayumu michi - This is the road you walk
Hora mae wo mite goran - Look! Look ahead of you
Are ga anata no mirai - That is your future
Hora ashimoto wo mite goran - Look! Look at your feet
Kore ga anata no ayumu michi - This is the road you walk
Hora mae wo mite goran - Look! Look ahead of you
Are ga anata no mirai - That is your future
Mirai e mukatte - Turn towards the future
Yukkuri to aruite yukou - Let's walk slowly

posted by mizie at 5:46 PM ::