BUAT JAHAT JANGAN SEKALI
this saturday, ada malaysian nite kat nottingham university. aku dah plan nak pegi bersama kawan-kawan aku. tahun lepas tak pegi, lambat dapan information. so, this year we planned ealier. saja nak tengok keadaan malaysian nite kat UK nie. tapi apa yang aku tahu, notts nite nie tak se grand warwick nite. apa yg di kelaskan 'grand' tu aku tak tahu. maybe dari segi ke'happening'an malam tu kot.
nak pegi nite, kena pakai yang best2 sikit kan? time nie a nak dressing pun. heheh, jangan salah anggap. aku dressing bukan untuk apa-apa pun. tidak terlintas dihati untuk menunjuk or else. aku just nak puaskah diri sendiri. sekali sekala bergaya, apa salahnya kan?
then aku amik keputusan pegi shopping shirt ngan trousers semalam. cari yang best-best sikit. tapi tak mo cari yang mahal-mahal. akhirnya aku beli satu black trousers and satu sky blue shirt. nak tahu harga berape? 45 pound. keh keh keh, mahal seh. tak pernah aku beli baju ngan seluar semahal nie. tapi nak pakai, apa salahnya. kan orang kata, 'alah membeli, menang memakai'.
masa aku bayar tu, aku perasan board kat counter tu. "we accept refund for 30 days....". tinggg!!! cuba pikir apa yang aku pikir? yaa.. aku pikir jahat. jahat sangat. aku pikir aku nak return back shirt tu after aku guna nanti. hahaha.. jahat tak? aku nak pakai shirt tu pegi dinner je. nak pakai formal tak leh sebab fancy sikit. ada renda-renda kat depan. itu laa yang aku pikirkan. so nanti dapat balik 15 pound tu (harga baju 15, harga seluar 30). sambil tersenyum, aku pun bayar laa harga barang yang aku beli tu.
dipendekkan cerita, malam tu aku test pakai baju tu. sekali ngan seluar and jacket aku. ermm, smart gak aku (saja puji diri sendiri. kalau bukan aku, sapa lagi nak puji). sambil bergaya aku test ngan kasut plak. hehehe.. ngan seh!! jacket hitam, seluar hitam, baju biru muda ngan kasut black brown. kalau aku kira harga nilai pakaian tu semua, ada dekat RM800. masya Allah. seluar kecik tidak di ambil kira. hehhe.. kuat gak aku shopping kan?
tapi dengan izin tuhan, korang tahu apa terjadi? tu laa kalau nak buat jahat jangan niat awal-awal. time tu jugak Allah kasi balasan. resit aku beli baju tu HILANG!!!!!! meraung aku mencari-cari keliling rumah. habis aku check. tapi tak jumpa. dalam kete aku jejaki resit tu. tapi still tidak ketemu. lama gak aku cari sampai aku rasa keciwa. tu laaa, nasihat aku kat korang semua, kalau nak buat jahat jangan niat awal-awal. kang dah jadi camni. sapa yang susah? aku jugak. sebab aku yang keluar duit beli baju tu, bukan korang.
akhirnya aku pasrah. aku terima semua nie. nampak gayanya, baju tu jadi hak milik aku laa. aku simpan. mana tahu kot ada dinner lain ke, boleh aku pakai balik. ermmm... sudah nasib, nak buat camne.
tapi korang tahu apa yang terjadi selepas tu? mungkin aku telah berniat baik, maka dengan tiba-tiba aku dapat balik resit tu. kawan aku jumpa bawah katil dia. pelik, camne leh resit tu nyorok bawak katil. nak kata dalam rumah aku ribut, tak jugak. isk isk isk pening.
and tiba-tiba otak aku jadi jahat kembali. back to my PLAN!!! yeaahhhhh....
p/s: kalau dah jahat tu, jahat jugak. tak leh nak buat apa.
posted by mizie at 2:03 PM
::
SPACE COP GABAN - PENYELAMAT TERBILANG
aku asyik ulang-ulang je lagu tema space cop gaban nie. tiba-tiba aku terkenang zaman kecik-kecik aku. cukup meriah dengan rancangan-rancangan nie. tema dia sama saja, menyelamatkan dunia dari ancaman makhluk asing. tapi dalam banyak-banyak karektor penyelamat dunia nie, dua orang yang masih kekal menjadi hero aku. sorang nama gaban, sorang nama kesatria baja hitam. nasib baik bukan baja kompos atau baja taik lembu. hehehe...
pernah jugak aku cuba meniru aksi-aksi hero nie. masih ingat lagu perkataan ini, "bertukar dalam masa 0.05 saat", "gaban Z potong 2", "tendangan padu maut" dan "tumbukan padu maut"? kalau anda semua sezaman ngan saya, pasti tahu semua nie. kalau tak tahu, nampak sangat tak pernah jadi budak kecik. tak pun masa kecik dulu main komputer games je (eh, masa zaman aku kecik, mana ada lagi PSone ngan PS2 kan?). kesemua aksi hero tu, tak pernah nya aku boleh buat. cuma aku pernah membuat tumbukan padu maut kat adik aku. dan apa kau tahu aku dapat balik? tamparan padu maut oleh ayah aku. hampeh aaa... adik aku guna senjata sulit. guna air mata. aku tumbuk sikit je, raungnya macam aku pancung pakai pedang laser gaban.
tapi percayakah anda? gaban boleh tukar baju dalam masa 0.05 saat. aku dah cuba, tak berjaya siut. paling kurang aku amik masa 60 saat, bersamaan ngan satu minit. tapi kalau pompuan lagi teruk kot. mahunya amik masa 3600 saat (sama ngan satu jam). jangan nak tipu aku. aku ada banyak pengalaman tunggu orang bersiap nie. satu jam tu kira cepat aa. silap gaya mau cecah 2 jam. bersiap ke apa aku tak tahu. banyak nak letak kan? mascara la, pipi merah la, gincu la, eye shadow la, bedak la, toner la, itu la ini la.. isk banyak nye. nasihat aku pada pompuan, jangan letak banyak sangat. bahan kimia tu. nanti muka anda cepat berkedut. pakailah bedah sejuk kalau nak keluar jalan-jalan. pasti orang akan kata anda "ORANG GILA!!" hehhe.. jangan marah.
sedap kan lagu gaban nie? tapi aku tak paham sepatah haram pun ayat dia. aku bukan orang jepun. maybe aku boleh mintak tolong Rudy translate kan. boleh tak rudy? nah.. aku letak lirik lagu nie. kalau korang bukak speaker, leh aaa belajar perkataan jepun. sebut betul-betul!!
UCHUH KEIJI GYABAN
(Hiroaki Watanabe / Keisuke Yamakawa)
Nyanyian: Akira Kushida
OTOKO NAN DAROU? GUZU GUZU SURUNAYO
MUNE O ENGINE NI, HI WO TSUKERO
OREWA KOKO DAZE HI TO ASI OSAKI
HIKARI NO HAYASA DE ASHITA E DASHUSA (E-E-E)
WAKASA WAKASATTENANDA?
FURIMOKANAI KOTOSA
AITTE NANDA? TAMERAWANAI KOTOSA
GYABAN! ABAYO NAMIDA GYABAN
YOROSHIKU YUUKI UCHUH KEIJI... GYABAN!
WARUI YATSURA WA TENSHI NO KAOSHITE
KOKORO DE TSUME O TOI DERU MONOSA
ORE MO OMAE O NA MO NAI HANA O
FUMI TSUKERARENAI OTOKO NI NARU NO SA (E-E-E)
WAKASA WAKASATTENANDA?
AKIRAMENAI KOTOSA
AITTE NANDA? KUYAMANAI KOTOSA
GYABAN! ABAYO KINOU GYABAN
YOROSHIKU MIRAI UCHUH KEIJI... GYABAN!
|
kalau korang dah lupa muka gaban tu camne, nie aku letak sekali photo dia. semoga mengingatkan kembali zaman silam anda.
p/s: aku dah nak masuk 24, tapi rasa macam still 12. seronoknya!!
posted by mizie at 11:36 AM
::
MENTALIKOSANIKATA
isk, dekat 10 hari aku tinggalkan blog nie. tak de benda yang menarik untuk aku tuliskan. tapi kalau tak tulis nanti, kesian plak blog nie. apa guna ada blog tapi tak tulis. nak buat jadi tukun ke? kalau letak kat laut ok laa jugak. leh buat tempat ikan beranak pinak.
oh ya.. hari nie ada piket besar-besaran seluruh UK. piket oleh kesatuan pengajar-pengajar (aku rasa lecturer-lecturer kat university kot). piket untuk naikkan gaji!! so, diorang semua beramai-ramai tak datang mengajar hari nie. enjoy aa student. faculty lengang je aku tengok. ada laa dua tiga orang yang datang. maybe ada assignment untuk disiapkan. dan esoknya ada lagi satu piket. piket oleh pelajar-pelejar EU and British. sebabnya, student fees diorang dinaikkan around 10% rasanya. aku tak pasti. itu pun nak kecoh diorang nie. yuran aku yang boleh menampung 13 orang british student nie camne? diorang taknak turunkan ke? apa kata kalau ramai2 international student buat piket? ada sape nak organize kan ke?
itu laaa yg aku belajar dari life orang-orang europe nie. kalau tak puas hati. diorang piket, desak kerajaan. dan selalunya berjaya desakan mereka tu. last year, fireman desak naik gaji. tahun nie academician plak. ermmm macam-macam. kesatuan diorang kuat, diorang unite. bila dah kuat, siapa boleh kacau. betul tak? opsss.. jangan pikir aku nie suka nak mogok/piket pulak. jangan membuat sesuatu tak pasal-pasal. kalau benda tu elok dan patut di ketengahkan, apa salahnya. tapi buat cara betul. jangan ganas sangat. nanti kena tangkap masuk penjara. kan susah nanti.
semalam aku pergi bilik kawan aku. saja pergi melawat. lama tak jumpa and borak-borak. dia sediakan aku makan malam. nie yang bagus kalau pergi melawat orang nie. hehehe.. dah adat melayu, kita jaga tetamu. tapi sebenarnya, bukan ini yang aku nak cerita. ceritanya selepas tu. masa aku keluar dari bilik kawan aku (utk pengetahuan, kawan aku nie pompuan), ada 3 lelaki kat luar. (masa aku dalam bilik tu, bukan berdua tau, tapi bertiga. dia and kawan dia (pompuan jugak). aku tak mahu dituduh berkhalwat!! kekek). and aku perasan dua daripada lelaki tu macam tak puas hati ngan aku. sorang lagi tu nampak rileks je. nak tahu sebab apa tak puas hati? ermmmm.. nie nak kena rewind sikit laa. nak tahu tak?
actually this two girl, baik ngan aku. aku suka borak ngan sorang tu, sebab dia orang perlis. slang dia sama ngan slang utara aku. so, seronok aa cakap. dia pun banyak cakap sama ngan aku. and yang sorang lagi tu, cute and manja. so, orang boleh senang cair aa ngan dia. tapi aku just kawan je ngan diorang, takde lebih dari tu. (sebab aku dah ada awek laaa). dipendekkan cerita, aku dapat tahu ada dua mamat nie (rujuk perenggan diatas) minat kat diorang. mana aku tahu? sumber-sumber dari orang yang rapat ngan diorang. kiranya maklumat yang boleh diterima pakai. tapi aku tak kisah laa. diorang minat ke apa ke, aku apa pedulik. bukan aku nak ngorat kawan pompuan aku tu pun. aku anggap kawan je.
but then one day (last yeat b4 cristmass), aku dengar desas desus. ada orang kata aku nak tackle awek sorang tu (awek yg cute + manja tu). ya ALLAH!! sapa laa buat cerita nie. and ada orang kata, aku bawak dia pergi town for dating. SHIT!!! SHIT!! SHIT!! aku tak pernah pun bawak dia keluar ke ape ke, apatah lagi nak dating. so, aku bengang aaa orang buat cerita nie. tapi seingat aku, aku pernah naik bas ngan dia. tapi dia balik hall, and aku pergi town. suka-suka jee orang buat cerita. aku cabai jugak mulut orang tu nanti.
mula dari hari tu laa, aku perasan mamat dua orang tu tak puas hati ngan aku. maybe diorang pikir aku nak merampas or nak mengganggu gugat reputasi diorang la. hak hak hak.. kelakar kelakar. ntah apa apa. amik laaa.. aku tak terpikir pun nak ngorat ke apa. better aku jaga awek aku. lagi bagus.
kita forward balik ke kejadian semalam. aku keluar je dari bilik tu, terkejut aa aku ada diorang. tapi aku buat selamba jee. aku tegur and salam. hero aa katakan. kekekeke.. tapi aku perasan laa riak wajah diorang. wajah tak puas hati, wajah bengkek. salam ngan aku pun acuh tak acuh. salam tapi muka tengok tempat lain. apa maknanya tu?
then aku tanya salah sorang kawan aku tu, "diorang mmg nak datang ke?". kawan aku kata tak tahu pun diorang datang. call apa pun tidak. so aku assume diorang just datang laa tu. kalau dipikirkan balik kejadian-kejadian yang berlaku, aku rasa kelakar sangat. macam budak tabika. korang mesti pernah ada pengalaman masa kecik-kecik dulu. bergaduh sebab nak rebut awek. kekekeke... aduh, sepanjang umur aku takde pernah laa aku nak berebut awek. kalau orang lain nak, aku undur diri je. tak suka nak rebut-rebut nie. pompuan tu manusia, bukan bola yang direbut-rebut dan ditackle tackle. bila dah manusia tu, layanlah sebagai perempuan.
itulah akibat kalau bunga sikit, kumbang banyak. kumbang yang nak hinggap kat bunga pulak rasa kumbang-kumbang lain cuba memberi ancaman. sedangkan kumbang-kumbang lain sudah mempunya bunga masing-masing. aku rasa macam drama plak. makin kenal ramai orang, makin banyak garam. makin lama, aku kena darah tinggi laa gamaknya.
p/s: pen merah pen biru, u marah i kick your ass!!
posted by mizie at 4:01 PM
::
BILA MAHU PANAS?
dua tiga hari yang biasa. agak biasa. tiada yang istimewa untuk aku ceritakan. hanya sekadar rutin harian seorang pelajar yang lemah pendirian, yang lemah semangat. semenjak dua menjak nie, aku rasa malas je. tak pasti kenapa, semangat aku hilang. hilang ditiup angin kencang di bumi penjajah ini.
esok hari kekasih. yaa.. hari kekasih. tapi dua hari lepas, aku ada membaca satu petikan akhbar (utusan malaysia online) bicara hukum dari mufti perak. menyambutnya adalah dikira murtad sekiranya sambutan adalah menyerupai agama asal perayaan tersebut, KRISTIAN!!. anda semua tentu tahu sejarah perayaan yang digilai pasangan remaja hangat bercinta ini. perayaan pada asalnya dibuat untuk memperingati seorang paderi yang dibunuh pada zaman pemerintahan ROM.
aku rasa, betul kata mufti perak tu. kalau kita dah menyambut sama seperti orang kristian, apa makna islam kita? kalau hendak ingat pada kekasih sekalipun, takkan pada hari ini je? hari lain tak ingat laa kekasih yek? tapi selalunya, pada hari inilah ramai ambil peluang. nak tahu peluang apa? korang dah besar, pandai-pandai pikir. "apa bukti U sayangkan I? apa bukti U cintakan I?". ayat-ayat memancing yang sangat biasa didengar. so, berhati-hati. jangan terjerat ye. isk, aku cakap nie macam banyak pengalaman je.
kesian amy, tatkala kawan-kawannya mengambil peluang cuti hujung minggu untuk bertemu kekasih masing-masing, dia hanya berseorangan dibilik. teringin sangat kalau aku dapat bertemu dengannya ketika ini. tapi apakan daya, aku disini dia disana. inilah yang dikatakan cinta antara benua. insyaallah, kalau sudah jodoh tak kemana. itu yang aku rasakan. kuat sangat hati dah jiwa aku berkata. jodoh aku akan tiba. cuma hanya tunggu masa.
apa plan aku esok ya? belum pikir lagi. mungkin sebelum tidur aku pikir apa yang hendak aku buat besok. weekend dah tiba, seronok juga kalau aku bermalas-malas di rumah. oh yaa.. lusa ada match, FA cup. my football team will face the top team of the premiership, arsenal. CHELSEA CHELSEA!!!
sekarang dah bulan 2. tapi suhu kat sini terasa macam dalam musim winter lagi. mungkin ini ada kaitan dengan snow strom yang turun kat UK last 2 weeks. aku rindukan kepanasan, panas terik mentari. boleh pakai t-shirt je. takde laa nak pakai berlapis-lapis macam kek lapis nie. rimas aaa..
p/s: kepada yang bercinta. sayangilah kekasih anda. kepada yang masih mencari, kelak pasti muncul jua. nantikanlah.
posted by mizie at 7:13 PM
::
GILA SUNGGUH!!
aku baru dapat berita. kematian seorang staff di faculty of engineering, UPM. terkejut besar aku. bukan mati kerana penyakit atau apa, cuma kematiannya mengerikan. BUNUH DIRI!!!
seram bulu roma aku bila membaca
blog ini. diceritakan oleh staf di fakulti aku sendiri yang pergi melihat tempat kejadian. menggerunkan!! mengapa jalan semudah ini yang diambil. jika ada masalah sekalipun, mesti ada penyelesaiannya. bunuh diri bukanlah caranya, malah dilaknak oleh Allah. dah tu pulak, langit dan bumi tak terima. macammana tu?
kalau tak silap aku, baru saja bulan lepas berita tentang seorang student bunuh diri di UTM, skudai. di kolej yang aku tinggal since aku mula masuk sampailah aku habis study masa degree dulu. punca masalahnya, keputusan peperiksaan yang tidak memberangsangkan. kenapa perlu bunuh diri? ada lagi masa untuk mencuba. yang perlu tekadkan usaha, lipatkan rajin. sudah pasti berjaya (aku nasihat orang mmg terer, nasihat diri sendiri apsal tak pernah menjadi?). tapi kes di UTM tu melibatkan student chinese. so, aku tak tahu laa implikasi dari segi agama dia. yang kat UPM nie plak melayu, islam pulak tu. bukan cara membunuh diri untuk menyelesaikan sesuatu. apa yang aku dapat tahu, dia membunuh diri sebab masalah kewangan dan keluarga. susahkan jadi lelaki? banyak nak kena pikir.
kalau nak cerita pasal bunuh diri, aku teringat balik kisah aku. dah dengan rasminya aku nak cerita, aku dah nyaris-nyaris jadi arwah. sebab apa? sebab aku pun hampir-hampir nak bunuh diri. bukan sebab masalah study or kewangan or keluarga, tapi PUTUS CINTA!! itu perkara 3 tahun yang lepas. bukan sekali aku mencuba, dua kali beb. dua kali. satu kat bilik aku, and satu lagi kat bilik kawan aku. bilik encik sport dan bilik encik azam wenger. nasib baik aku dapat kawal diri aku semula. kalau aku ikutkan jugak perasaan sedih dalam diri tu, mahunya aku keras kejung. tak pasti samada tergantung atau mati berlumuran darah. nauzubillah.. syukur sebab aku masih hidup, dapat menikmati keindahan dunia dan yang penting aku kini kembali gembira. frust bercinta? tidak lagi. cinta pertama aku sudah buang jauh-jauh. nun jauh di angkasa. sama-sama menghilang bersama robot Beagle 2 kepunyaan sainstis UK yang dihantar ke Mars yang sehingga kini tidak tahu keadaannya. hilang tanpa berita. hilang entah kemana. tapi kini, hati aku dah berbunga kembali. dengan siapa? tunggu nanti aku hantar kad jemputan. pasti kalian tahu siapa gerangannya. tungggggguuuuu!!!
nasihat aku pada kamu semua (sapa yang baca blog nie), jangan ambil jalan pintas. setiap masalah ada penyelesaiannya. yang penting tenangkan hati, tenangkan perasaan. berfikirlah secara waras. masalah sebesar planet pluto sekalipun, ada jalan keluarnya. cuba sabar. sabar itukan separuh dari iman. bukan setakat ada masalah saja, kalau nak buat apa-apa pun pikir dulu. macam iklan menjaga kebersihan, "pikir dulu sebelum buang". jangan main hentam keromo jee.
tapi korang semua perasan tak? kawan gembira senang dicari. kawan berduka, hilang entah kemana?
p/s: ermm.. p/s tu apa yek? sampai sekarang aku tak tahu apa maksud p/s tu. aku main letak je.
posted by mizie at 5:49 PM
::
LEHERKU SAKIT
bangun pagi tadi, sakit sangat kat leher. tak pastilah sebab apa, samada aku salah tidur or aku terlebih enjoy malam tadi.
actually last night me, farid, lina and kak sha spend our time together. kitorang pegi international night. performance from many international country. best gak diorang perform. banyaknya nyanyi lagu negara sendiri yang sepatah haram aku tak paham. tiba-tiba timbul satu idea. aku ngan dua kawan aku maybe nak perform masa international day nanti. dalam bulan 3. jamming kat atas tu. bawak lagu melayu jiwang tangkap leleh. hehehhe.. amacam korang rasa, patutkah aku buat?
tapi sedih, malaysia tak hantar wakil. ada sebabnya. most student kat sini berfamily. so, banyak activity yang dibuat pun berunsur family. and ramai yang bab-bab sosial nie diorang tak mahu terlibat. dah tu pulak, yang bujang-bujang nak bersosial nie sikit. dah laa sikit, berpuak-puak pulak. entah apa-apa, macam BAGUS!!!!
terkejut aku malam semalam, sebab aku perasan minah yg aku tak puas hati tu ada kat situ. aku pikir dalam hati, kaki enjoy gak ke budak nie. tapi lantak aa.. dia nak enjoy ke nak apa ke, aku tak peduli. i just do what i want to do. janji hati aku happy.
pasal kawan aku yang dua orang tu, harap diorang ok. kalau ada apa-apa hal, call aje aku. mana yang aku boleh bantu, aku cuba. tapi tak semestinya aku boleh buat semua. maybe aku boleh kasi idea ke apa ke. tapi terpulang kepada kawan aku tu nak ikut ke tak. kesian gak aku tengok, kita datang tempat orang patutnya sama-sama laa bantu membantu. tambah-tambah kalau dah housemate. ini tak, menyusahkan orang. entah laa, manusia makin banyak makin berlambak ragamnya. yang kebanyakannya menyakitkan hati. lagi dilayan, lagi pedih rasa hati. tapi takpe, jangan jadi kat aku sudah. kalau tak aku tumbuk muka mamat/minah tu. peduli apa aku.
aku rasa memang macam nie kot perangai melayu. mmg tak nak berubah. betul macam apa yang
ayue katakan (sila rujuk artikel bertajuk "dimanakah melayu kita?"). kadang-kadang aku rasa apsal kaum lain boleh sama-sama membantu. india and chinese (merujuk masyarakat malaysia - kang aku masuk kaum-kaum serata dunia, aku sendiri pulak yang tak tahu) terutamanya. harap-harap one day ada orang sedar mengenai semua nie.
banyakkan aku bebel? sorry aaa.. aku memang kuat bebel. ada je aku nak complain. tahan ke amy ngan aku nanti? sayang, abang ngan orang lain jee camni. ngan sayang abang tangkap jiwang punya. jangan risau ok. kau kunci cintaku didalam hati mu. yeaahhhh!!!!!
p/s: sesapa ada baju superman, aku nak pinjam. nak balik sekarang jumpa emilda. i miss her so much!!
posted by mizie at 9:47 PM
::
APA SUDAH JADI?
baru tadi aku chat ngan kawan aku kat sini. mengadu pasal masalah dia and housemate dia. utk pengetahuan anda semua, kawan aku tu perempuan. bila aku dengar cerita dia, huh.. teruk gak budak-budak perempuan nie. aku ingatkan girls nie bila dah besar makin matang. ini tidak, aku rasa kalah budak-budak. teruk betul laa..
kisahnya macam nie. rumah tu disewa oleh 5 orang perempuan. 4 anak dara (tapi tak confirm betul ke tak ;P) dan satu lagi tu dah jadi bini orang. umur dah lebih dari 24 tahun. semua buat master kat sini. pada awalnya diorang nie ok laa kot aku rasa. tapi, setelah beberapa lama dah jadi dua puak. satu puak Gi Hin, lagi satu puak Hai San. satu puak nie (Gi Hin ada 2 orang) baik ngan aku sebab satu U masa degree dulu. sebab tu laa aku tahu cerita dia.
dalam puak Hai San nie, ada sorang minah nie. mulutnya.. Ya ALLAH!! aku pun menyampah. laser sungguh. konon cara dia cakap tu macam nak melawak laa, tapi tak reti jaga hati orang langsung. benda nie berlaku sendiri kat aku masa open house kat rumah aku raya puasa lepas. aku buat nasik beryani (instant punye kekeke) and kawan aku buat kari ayam. dipendekkan cerita, kitorang buat banyak and tak perasan masa masak ayam tu ada bahagian tongkeng ayam dimasukkan sekali (utk pengetahuan, ayam tu dah dibasuh ok). ada ke masa makan dia boleh sound kat aku depan tetamu lain, "ko tak reti nak potong ayam ke, tongkeng pun ko masukkan". berapi jee aku dengar. rasa macam nak tampar pun ada. konon bagus aa tu. lepas tu masa aku tolong amik gambar utk camera kawan aku, dia datang-datang nyendeng dekat ngan aku. konon nak tengok LCD camera tu. aku lagi jarak, dia lagi dekat. last2 aku passing camera tu suruh orang lain amik.
so, apa yang berlaku kat rumah tu lagi laa teruk (dari cerita kawan aku laa). minah tu mmg bawak mulut. habis semua orang diceritanya. and then buruk-burukkan nama kawan-kawan aku kat family-family lain kat sini. pernah diceritakan, minah nie jumpa A buruk-burukkan B. then bila jumpa B, dia buruk-burukkan A plak. sedangkan A and B tu kawan baik (puak Gi Hin). last-last diorang tahu laa jugak. entah apa apa laa minah sekor nie. barang kat dapur pun siap asing-asing. barang ko barang ko. jangan campur ngan barang aku. terukkan? kalau budak-budak tabika a.k.a taska a.k.a tasuka dsb.
tapi sekarang nie yang kritikalnya, geng-geng Hai San dah keluar rumah. then tinggalkan banyak bebanan kat geng Gi Hin. esok nak bayar sewa rumah, then landlord datang tadi. geng Gi Hin pun mengadu kat landlord, then landlord kata diorang yg keluar tu still kena bayar sewa rumah. kalau tak nak report polis. yes yes yes.. biar report polis. biar rasa sikit minah tu. menyampah aku.
dan aku baru tahu tadi yang minah tu rupa-rupanya presiden kelab swimming utk perempuan kat sini. kah kah kah kah kah kah kah.. korang nak tahu tak apsal aku gelak? sebab dia GEMUK!!!! (sorry aa.. aku bukan benci orang gemuk. aku benci minah tu - takde kaitan ngan orang lain ok!!) aku rasa kalau dia terjun pool tu, habis kering air. tak pun nanti dia timbul macam tongkang pecah. hahahaha.....
p/s: apsal aku plak yg emotional nie?
posted by mizie at 7:07 PM
::