AKU NAK BALIK MALAYSIA!!
setahun lebih dah aku kat sini. dibumi british yang penuh dengan rasa bosan teramat. aku teringin sekali pulang ke malaysia. tapi bila? bila akan ku pulang. menarik nafas malaysia. yang sangat selesa bagi aku.
malaysia, tunggu kepulanganku.
rumah kecil tiang tiada
p/s: apa komen hasil photography ku?
posted by mizie at 1:56 PM
::
JANGAN BERSEDIH
aku tak berniat letak lagu nie (kau pergi jua - adam ahmad) untuk melukakan hati sesiapa. aku letak sebab lagu nie sedih. aku cuba pikirkan, bagaimana ya kalau dalam keadaan begini. mesti sedih kan? tapi apa boleh dilakukan, sudah tertulis di dalam buku kita. ajal dan maut di tangan Allah S.W.T. kita kena redha. oleh itu kepada semua manusia di dunia, apa yang berlaku, baik atau buruk, terimalah ia dengan hati terbuka.
aku menulis begini bukannya apa. biar aku kongsi mimpi aku (kalau ada sesiapa yang pakar tafsir mimpi, sila bagitau aku maksud dia ok). aku bermimpi pulang ke malaysia dan buat pertama kalinya aku akan menemui kekasih kesayangan aku. memang aku excited sangat masa tu. first time nak jumpa beb. tapi perasaan gelojak gembira aku tak lama. aku ditimpa kemalangan. dilanggar ketika sudah hampir tiba menemui kekasihku. sedihkan? aku sendiri pun sedih. dalam mimpi tu aku menangis sebab aku tak sempat nak tenung mata kekasih aku. buat kali PERTAMA!! diulangi, buat kali PERTAMA!!
tapi itu semua mimpi, mainan syaitan. berlaku hanya dalam mimpi aku, bukan reality. aku tido memang tak basuh kaki. sejuk beb, dah laa aku tido pakai stokin. macam perempuan baru bersalin pulak. aku harap mimpi aku itu hanya sekadar mimpi. Ya Allah Ya Tuhanku, jauhkan aku dan emilda dari segala bencana. Amin.
aku ceritakan kat amy malam semalam. tiba-tiba masa aku telefon dia, aku jadi sebak sangat. terlalu sebak. aku jadi satu macam rindu ya amat padanya. dan tiba-tiba.. jeng jeng jeng.. air mata aku mengalir. mengalir bersama sedu sedan yang tidak dapat aku tahan lagi. habis basah bantal ngan duvet aku. aku jadi seperti tidak malu menangis, dan didengari amy. aku mahu dia tahu, aku terlalu menyayanginya. dah pada malam semalam, aku menangis berjemaah bersama amy. tak sangka dia juga mempunyai hati yang mudah tersentuh. seronok plak menangis berjemaah nie. aku jadi imam, amy jadi makmum.
tapi, pada hakikatnya aku memang jenis senang sebak, cepat jatuh air mata. kalau nak ingatkan balik sejak dari aku sekolah darjah 6, setiap kali habis sekolah jee (lepas tu tak sekolah tu dah), aku pasti menangis. paling aku tak lupa, masa nangis kat surau maktab masa aku form 5. masa tu aku dah cuba control, tak mahu menitiskan air mata permata ku. tapi tiba-tiba, kawan aku yang aku klasifikasikan dia sebagai badang perkasa a.k.a gangster peluk aku and then nangis-nangis. aku mana tahan. " huaa sme, aku pun mintak ampun mintak maap jugak kalau ada buat salah ngan ko.. huaaa"...
p/s: kalau laki yang senang melinangkan air mata, tidak machokah lelaki itu?
posted by mizie at 8:49 PM
::
APA TAJUKNYA?
seminggu aku pening. dah lama kau meninggal alam programming. paling last seingat aku, 3 years ago. when i'm doing my final year project. and now, i'm doing it again. agak kekok mulanya, but many many thanks to my frens, fakhrul and cipin (sifoo C languange). they give me back my track. tapi aku masih kat gear satu. need to push to another gear. kalau sesape leh supply turbo lagi bagus. ada NOS ke, laju sikit aku nak gerak. Zooooooooooommmmmmmmmmm....
early this evening, went to kak sha hall. kak sha buat makan. her mom cook. cis, boleh aa. ada mom datang. dapat aku makan masak lemak udang + kacang panjang and sayur campur. orang ajak, jangan lepaskan peluang. buat jee muka tak malu (mmg aku muka tak malu pun). masa makan tu, kak sha's mom dah habis. dah masuk bilik. so just me, kak sha, marylin and elene (france girl yg suka curry) at the table. finish all the food. burrppp.. alhamdulillah. have some chat with them. try jugak belajar france sikit-sikit. tapi terbelit lidah aku. bonjor?
selesai makan, aku bergegas ke 12 degrees. pub yg selalu aku pegi. aaa, jangan pikir aku bukan-bukan. aku bukan pegi tonggang ke ape. i just went there to watch a football match. sebab dia tayang kat cable TV. rumah aku mana ada. so, kat situ aa aku tuju. me and my housemate, naim and mas (malaysian 1st chess player nie - bangga aku kawan ngan dia). this game, between Chelasea and Arsenal quater final Champion League. tak sangka, ramai supporter Chealsea in that pub. effan je sokong arsenal (sebab Man U kalah ngan Porto.. hahahahha). but damn, Chealsea draw. 1-1. takpe, have another one game. kali nie main kat Highbury plak. and then aku cakap ngan sorang mat salleh nie. lupa nak tanya nama dia. see you next game. dia janji ngan aku, nanti jumpa when Chealsea meet again with Arsenal. hehehe..
pagi tadi, orang yg jualkan camera digital kat aku call. he just received my cheque. nanti dah clear, dia poskan camera tu. tak sabar aku tunggu. my new digital camera. new kat tangan aku, but actually second hand. sebab mamat tu dah guna, dah 15 months. dia cakap condition camera tu still bagus. dah di upgrade and no scars at the surface. kali nie boleh zoom-zoom lens. nak buat gambar cantik-cantik. macam
shaliza. cantik dia amik gambar. aku ter admire plak. bukan admire kat dia tau (amy, abang tak carik orang lain!!), aku kat admire kat gambar-gambar dia. nice and very cool. lagi satu pendorong aku pasal photography and image nie, cik
fixa aa.
aku mahu rehat. esok nak bangun pagi. bank in kan cheque sorang staff UPM. apa gilaa aa bendahari nie. tertukar between me and brader tu. nasib baik dapat contact. buat keje betul-betul aa lain kali. anyway, thanks sebab masuk jugak duit. kalau tak, mau makan pasir aku nie. (tak pernah lagi aku cuba makan pasir, anda pernah ke?)
aku dijangka mengalami taufan sibuk dalam dua tiga minggu nie. wish me all the best ok. tata semua. muahhhhhhhhhh.
p/s: i dream dating with my girlfren. aku tak pernah jumpa dia tau. walau sekalipun dalam percintaan aku. seperti kata elene, "wow.. this is m y first time, meet this kind of love".
posted by mizie at 10:09 PM
::
SIAPA SAMPAI 1000 DULU
kepada sesiapa yg meng'enter' blog aku yang keseribu, aku nak kasi hadiah. tapi aku tak tahu camne nak tentukan pemenang. korang ada idea tak? sekiranya sesiapa dapat membuktikan dirinya adalah manusia (bukannya alien) yang meng'enter' blog aku bagi yang ke seribu, maka aku akan kasi dia hadiah.
CEPAT.. CEPAT.. TAWARAN MASIH TERBUKA!!!
posted by mizie at 1:52 PM
::
HAMPEH AA, MESIA KALAH LAGI!!
bila laa mesia nak terer main semua games? asyik kalah je. hilang suara aku jerit. tapi yg penting, MALAYSIA BOLEH!!!
posted by mizie at 5:05 PM
::
HATI INI MASIH SENDIRI?
hayati puisi ini. khas untuk kawan-kawan yang masih mencari soulmate. Cheeewaaah!!! aku terkecuali.
SURATAN ATAU KEBETULAN?
sesuatu yang tak disangka
seringkali mendatangi kita
itukah suratan dalam kehidupan
atau sekadar satu kebetulan
kita asyik membicarakan
persoalan hidup dan pilihan
serta kejujuran semakin berkurang
masih tiada bertemu jawapan
walau kita dihadapkan
dengan berbagai pilihan
mengapa sering terjadi
pilihan tak menepati
hingga amat menakutkan
menghadapai masa depan
seolah telah terhapus
sebuah kehidupan yang kudus
pertemuan sekali ini
bagi diriku amat bererti
tetapi kubimbang untuk menyatakan
bimbangkan berulang kesilapan
|
kalau kita dah suka seseorang, apa perlu kita buat? diamkan diri dan tunggu apa akan berlaku ataupun bersemuka, luahkan perasaan hati? akan ada dua jawapan, satu jawapan dari seorang yang bernama lelaki dan satu lagi dari sesorang yang bernama perempuan.
bagi lelaki, terutamanya yang tidak ada kekuatan dan keyakinan diri (macam aku dulu-dulu) maka hanya diamkan diri. menyimpan perasaan. hati suka, tapi mulut kelu. malu untuk meluahkan perasaan. sebabnya, orang yang diminati tu lawa a.k.a cantik sangat (jangan menilai seseorang dari kecantikan, kenali hatinya kenali dirinya dan anda akan jumpa seseuatu yang tidak disangka). sedangkan yang lelaki pulak rasa dirinya hanyalah burung hering kepala botak yang tidak sepadan dengan burung pipit. belum cuba belum tahu, mana tahu ada rezeki.
yang perempuan pula, takut orang kata perigi cari timba. aduhh, zaman sekarang mana ada perigi lagi. dah pakai paip kak. dah takde dah istilah-istilah nie. lambat melepas. itu saja yang ada. tak salah rasanya kalau perempuan yang memulakan dulu. selalunya yang jadi ini disebabkan oleh ego (aku rasa laa, kalau aku salah harap dapat betulkan). perempuan fikirkan, kalau mahukan dia kena berusaha laa nak dapat. tapi entahlaa labu, aku sendiri pun tak tahu nak kata apa. tepuk dada tanya selera. cuma, aku nak kongsi kejayaan kawan-kawan perempuan yang ON dulu nie. semoga boleh dijadikan iktibar.
"err tapikan aku penah wat confession. adakah aku dikira tak malu kalau cam gitu? adakah aku terlalu berpikiran moden? adakah aku perigi yg terhegeh2 carik timba tu? but frankly, once you confess, no matter what the outcomes, you know you wont regret it, not in a million years!! try aa kalau tak caya." fida, 24 kuala lumpur.
"i once confessed to this guy becoz i knew he was the type yg malu gile & takkan confess. but i really knew that he liked me too.and guess what? he turned out to be my fiance!! and i never regret doing that." intan, 21 melaka.
sudah terbukti, tiada lagi perigi cari timba. apa lagi, mulakan LANGKAH ANDA jika anda mahukannya.
dibawah ini adalah satu petikan daripada sebuah drama (yg aku saja reka, tapi ini realiti). cuba anda analisa dan fikirkan.
"isk, aku pulak yang nak mula. malu aa aku", ujar fatimah kepada rohaya ketika berbincang mengenai lelaki yang diminati oleh fatimah.
"habis apa yang ko nak buat timah? takkan nak diam diri jee kot?", balas rohaya mencari jawapan dari fatimah.
"kalau dia nak aku, dia cakap laa. aku time tu jugak ON!!".
sebaliknya disebelah lelaki pulak.
"aku segan aaa samad. tak padan. aku sapa dia sapa. jauh beza", keluh baharom kepada kawan baiknya itu.
"tapi fatimah tu macam dah suka jee kat ko", pangkah si samad.
"mana ko tahu? ko bodyguard dia ke? kang tak pasal-pasal aku nak cucuk jarum, dia kata aku perasan karang. mana aku nak letak muka aku nie samad? dalam tong dram?"
cuba hayati cerita diatas. nak tahu apa kesudahannya? baharom dan fatimah jadi lone ranger sampai tua (suka hati aku aa nak ending camne, aku pengarah!! kes kes ke)
cuma pesanan aku, jangan terlalu memilih. tetapi memilih tu mesti ada, cuma ada tahap maksimanya. don't be over limit tak pun terlalu high demand.
p/s: aku tulis merepek. aku pun tak tahu apa yang aku tulis nie. aduh!!
posted by mizie at 11:17 AM
::
DULU, KINI DAN SELAMANYA
last friday, me, farid, lina, epe, epul, arif, kak sha, naim and mohar went to nottingham's malaysian nite. my first time ever formal function in UK. tak pernah lagi pergi benda-benda macam nie sepanjang aku kat sini. we just arrived at the venue around 6.30 pm, but still nobody yet. ada laa 5 - 6 orang (i think organizer) berkeliaran at the main door. semua dressing lawa-lawa (bukan aku tapi orang yang 5 - 6 tu).
nak tahu pukul berapa diroang start? pukul 7.15 pm. agak dah, malaysian style. mesti lewat punya lah. and the first thing yang dimulakan ialah makan. erpp, actually aku mmg lapar sangat. masa sembahyang jumaat tak sempat nak beli nasik. dah habis orang songlap. hampeh laa, tak simpan untuk aku sikit. aku just dapat kunyah karipap sardin je. jadi laa buat alas perut.
menu yang disajikan pada malam tu tak seindah yang disangkakan. hanya nama-nama indah di cetak di buku menu. 'malaysian cuisine'... ala ala UK style. tapi aku redha, nie bukan kat malaysia. so, masakan ala kadar je. menggunakan segala keperluan dan rempah ratus yang ada. aku harap sangat kalau dirang saji shark fin soup ke, best jugak (berangan nak makan sedap2 je aku nie).
aku lapar, tapi lauk sikit. siutt jee. di meja aku, dikongsi bersama student dari nottingham. kalau just within my frens, tak kisah laa kalau aku nak buat perangai muka tak malu (dah biasa!!). tapi bila ada orang lain, secara automatiknya aku pun jadi bersopan santun. tak leh nak over-over. nanti orang tengok tak manis. kena ada table manner. makan je apa yang ada. habiskan bahagian aku. tapi alhamdulillah, kenyang laa kejap time tu. tapi kalau malam nanti, sure aku lapar balik punya.
naim, farid, epe, lina, kak sha, arif and aku
dinner habis dalam kul 8 pm, and the next programme is the drama performance from nott's malaysian student. tajuk cite hikayat indera merah - a tales about two kingdom. lebih kurang cite purba laa. and i give 5 star for this performance. mmg superb. sepanjang aku duduk malaysia, tak pernah aku pegi tengok persembahan kebudayaan macam nie. kira performance nie combine with dance and drama. ada malay, chinese and indian dance. lagipun masa tu ramai gak yang bukan malaysian watching it.
aku pelik sedikit, mana diorang dapat props banyak macam tu. dengan baju panglima, hulubalang, maharaja jepun, baju puteri bunian (yg macam bumbung minangkabau kat tepi tangan), keris, tengkolok, dsb. banyak seh... nak beli mmg mahal aku rasa. tapi akhirnya persoalan aku terjawab. rupanya ada sorang rakyat malaysia yang bukak academi malaysian art kat UK. kira kalau nak buat persembahan kebudayaan kat UK utk introduce malaysian, panggil dia laa. pandai dia buat bisnes.
itu laa serba sedikit perihal kejadian yang berlaku pada hari jumaat yang lepas. seronok jugak bersama kawan-kawan. sekali-sekala, apa salahnya. tapi tiba-tiba jee aku jadi sayu. teringat buah hati. kekeke. aku teringin sangat kalau dia ada sebelah aku. ada someone yang teman aku. korang kena kesian kat aku, aku tak pernah lagi date ngan awek aku. sekali pun tak pernah. so, tak salah laa kalau aku berperasaan macam nie. nak buat camne, aku pernah digelar 'bapak percintaan'.
aku sebenarnya, sejak akhir-akhir nie aku asyik teringat zaman kecik-kecik je. maybe zaman tu aku seronok, enjoy. tak seperti sekarang, penuh dengan tekanan. zaman kecik-kecik mana ada aku ingat apa apa selain dari enjoy, main lastik, berkubang, tangkap ikan, main wau, panjat pokok, main gasing, race basikal. isk, kalau nak cerita memang banyak sangat. tapi ramai kawan seperjuangan aku masa kecil dah kawin. dan seorang kawan baik aku sudah kembali kerahmatullah 4 tahun lepas. dilanggar lari. ajal di tangan tuhan. mana tahu kalau esok aku pula yang kena.
aku ceritakan kembali mengenai gaban dan ksatria baja hitam tu, sebab aku teringat laa. teringat masa kecik. ponteng sekolah agama sebab nak tengok hero aku tu. dan apa yang jadi? kena kejar ngan ayah aku keliling bendang. lepas tu kena sebat pakai pelepah kelapa. berbirat siuttt... merah jee peha (utk pengetahuan, peha aku putih. hahaha). tapi tak pernah serik.
dan baru-baru nie aku jumpa satu petikan cerita. ingat azroy, remy, farouk gagak hitam? cite gila-gila remaja yang pernah aku gilakan. diorang bawak motor scrambler. macam hebat je. lepas tu gaduh-gaduh. pakai seluar kaki fit gile, rambut kembang. hehehe. dalam cite tu, aku respek azroy (faizal hussein). mengembara sambil belajar. dan akhirnya mendapat anugerah pelajar cemerlang. percintaan bersama suzana yang di halang ayah suzana. dan azroy jugak yang membantu ayah suzana ketika dia ditimpa kemalangan. aku nak jadi hero macam tu. hero yang realistik. and bila teringat gelagat mengacau awek kat bus stop (azroy, remy and kawan-kawan ngusik cikgu diorang), teringat masa aku kat UTM dulu. suka gak ngacau pompuan. tapi aku tak reti kalau sesorang. kalau ada geng baru aku berani. just ngusik je, tak pernah amik kesempatan. dan aku paling puas hati kalau dibalas dengan senyuman. seronok je rasa. hahaha, gatal gak aku nie dulu-dulu. zaman miang dan gatal. tapi kini tidak lagi. dah ada steady girlfren. kena jaga perasaan dia.
so, nie aku letak v/clip dari cerita GILA-GILA REMAJA (1984). semoga terhibur. click
HERE.
p/s: aku offkan lagu gaban. nanti aku tukar lagu zaman aku kecik-kecik dulu
posted by mizie at 4:47 PM
::