SAMBUNGAN CERPEN
i just got the email from my fren. guess what? sambungan cerpen
Wajah semanis madu, Hati luka tak siapa tahu. a big different from norzie's. this is from the real writer. so, enjoy it!!
*****
Betapa magisnya hidup ini. Baru tadi Riana terfikir dia kini berada di negeri kelahiran Irfan, mana tahu kalau-kalau terserempak Irfan di sini. Tetapi dia cepat-cepat menyangkalnya semula, kerana setahu Riana Irfan bekerja di Kuantan, dan kalau dia balik menjenguk ibunya pun di Seremban bukan di PD. Tetapi kini di depan matanya benar-benar wujud Irfan, satu pertemuan yang tidak pernah disangkakan.
Riana membatalkan niat untuk menjelajah ke semua kedai yang ada di situ. Selepas bertemu Irfan situasi dirinya telah menjadi lain. Ada rasa gemuruh dan gementar yang bukan dibuat-buat. Irfanlah lelaki yang pernah mendiami lubuk hatinya paling dalam. Tidak seperti banyak lelaki lain yang pernah hadir, kewujudan Irfan memberi impak yang besar dalam hidup Riana.
Dahulu selepas putus hubungan dengan Irfan, berhari-hari Riana rasa kesakitan dalam dada menyucuk-nyucuk setiap kali bangun dari tidur. Yang sebenarnya itu bukan sakit fizikal tetapi sakit dalaman akibat bersedih dengan kehilangan Irfan. Berbulan-bulan pula Riana berperasaan setiap lelaki kurus tinggi yang dipandangnya kelihatan seperti Irfan. Sana Irfan, sini Irfan. Lalu Riana menyedari bahawa dia sebenarnya terlalu merindui Irfan.
Penderitaan tidak habis di situ, setahun lebih selepas berpisah, Riana menangis lagi kerana Irfan. Niat mengucapkan selamat hari jadi menjadi bala apabila Riana menelefon Irfan, orang lain yang menjawab.
"Saya tunang Irfan." Begitulah indahnya kata-kata orang yang menjawab panggilan.
Berguguranlah air mata Riana mengenangkan dirinya sendiri. Saat dia terkenang-kenang Irfan, rupanya orang itu sedang membina kasih dengan orang lain. Cukup. Noktah. Dari saat itu tiada lagi harapan. Berita yang sungguh pahit itu menjadi pemecah tembok harapan hati Riana yang selama ini terharap-harap Irfan akan kembali kepadanya.
Dan kini, Irfan sudah pun berkahwin. Walau pun hatinya agak terusik dengan pertemuan itu tetapi Riana cukup sedar diri. Tidak mungkin akan ada lagi cerita dia dan Irfan selepas itu. Yang ada hanyalah cerita lama yang sesekali terkenang. Hanyalah untuk dikenang semata-mata, tidak untuk dicuit atau diperpanjangkan. Tidak perlu menambah masalah baru kerana masalah yang ada ini pun amat berat untuk Riana pikul. Masalah Remie.
*****
Dia bencikan keadaan ini. Terlalu banyak perkara yang tidak menyenangkan berlaku dalam masa yang sama. Pagi tadi, pengarah syarikat Intan Juara merungut-rungut tentang kesalahan ejaan pada permohonan sijil online yang dibuat oleh oleh stafnya Mona. Intan Juara Sdn Bhd menjadi Intan Juara Sdn Vhd.
Penandatangan cek yang sepatutnya seorang dibubuhnya dua orang. Memang hanya kesilapan kecil yang boleh dibaiki tetapi kalau pelanggan sudah merungut, dia jadi tidak selesa. Dia mahu memberi yang terbaik untuk pelanggan tak kira perkhidmamatan kecil mahu pun besar. Kesilapan, kalau selalu terjadi akan menjejaskan nama syarikat. Dan stafnya Mona, nampaknya tidak jemu-jemu melakukan kesilapan seperti itu.
Semalam, dia makan tengahari di rumah mama. Orang tua itu telah menimbulkan isu yang kalau boleh sama sekali tidak mahu didengarinya.
"Esok mama nak pergi kenduri kahwin anak kawan mama, Untie Ramlah. Kawan-kawan mama tu....sorang demi sorang menyambut menantu, menimang cucu....mama ni, entahlah bila."
Mulanya dia buat tidak tahu saja. Malas melayan karenah mama yang ada-ada saja. Dia buat-buat sibuk menceduk gulai, menambah nasi sedangkan perutnya telah kenyang benar.
"Engkau ni bila Along oi ? Cepat-cepatlah bawa girlfriend along ke rumah, jumpa mama dan papa ni. Mama tak kisah siapa-siapa, asalkan along suka mama suka."
Dia hanya tersenyum memandang mamanya. Entah apa mimpi orang tua itu tiba-tiba menyebut tentang menantu.
"Apalah mama ni, macam dah nak kiamat. Banyak masa lagi ma....janganlah rushing sangat nanti semua benda tak menjadi. Along nak tumpukan pada syarikat dulu. Lagi pun along nak kahwin dengan siapa ? Along mana ada makwe..."
"Eleh....macamlah orang tak tahu Along tu....takde girlfriend konon !"
Remie menjegilkan mata. Si kembar Nana dan Nini tersengih-sengih. Dihulurkan kaki ke depan lalu ditekannya kaki Nana kuat-kuat. Nana melawan . Ditendangnya kaki Alongnya semula.
"Kalau mama teringin menantu, ni....kahwinkan aje budak debab dua orang ni, dah gatal sangat nak kahwin tu !"
"Eh Along ni, budak-budak ni kecik lagi...baru lapan belas. Along tu yang dah sepatutnya kahwin...dah sampai masa dah", balas mamanya.
Balik-balik kahwin. Kenapa semua orang bercakap tentang kahwin. Dua hari lepas Riana yang merengek-rengek nak kahwin. Hari ini mama menyuruhnya kahwin. Apa yang seronok sangat tentang kahwin ? Dia tidak nampak sebarang keseronokan tentang kahwin, kecuali masalah-masalah yang bakal menimpa. Sebenarnya dia bukanlah suka memikirkan perkara yang remeh-temeh. Buat apa peningkan kepala. Tetapi kalau semuanya datang serentak, dia agak resah juga.
Dan petang ini, datang lagi masalah lain. Emel dari London itu benar-benar membuatnya bengang.
Sia-sia pengorbanannya selama ini. Dia ingatkan penantian yang selama empat tahun itu akan berakhir sebulan-dua lagi, tetapi emel dari London itu memintanya menunggu selama dua tahun lagi. Gila ? Walau pun dia selalu memungkiri janji tapi kalau orang lain yang mungkir janji terhadapnya, dia tersangat bengang. Rasa marah meluap-luap.
Perempuan ! Mudah lupa pada janji !
Dia berasa rimas serimasnya. Ruang pejabat itu tidak lagi dingin seperti biasa. Lantas Perdana hitam dipandu laju ke Taman Bukit Kenangan.
Remie memanjat tangga ke tingkat satu. Kondonya yang didiami Riana gelap gelita. Ke mana pula Riana ? Remie mencampakkan kunci rumah ke atas meja lalu menghempaskan diri ke katil yang berkemas rapi. Riana sudah pandai meninggalkan rumah tanpa memberitahu. Baru tiga hari dia tidak ke situ, Riana sudah buat hal. Dia teringat hari Selasa lepas Riana menangis di atas sejadah. Gadis itu meminta dikahwini. Dia bukan tidak mahu berkahwin, cuma masanya tidak sesuai. Terlalu banyak perkara yang harus diberi tumpuan. Syarikatnya sedang berkembang. Banyak pelanggan yang datang meminta khidmat. Projek-projek lain pun banyak yang akan menyusul, takkanlah pula pada masa itu juga dia hendak berkahwin. Rahmat rakan kongsi syarikatnya itu sedang terumbang-ambing dengan masalah rumahtangga, jadi dia yang seharusnya mentadbir syarikat dengan sempurna.
Kenapa wanita terlalu sukar untuk memahami apa yang difikirkan lelaki ? Atau diakah yang terlalu sukar untuk memahami wanita. Di mana Riana ? Remie kecewa. Selalunya kalau dia bermasalah, pasti Riana sentiasa ada di sisi, menenangkannya, mengusap lembut rambutnya, memeluk dirinya sambil mengucapkan cinta. Riana tidak pernah merungut walau pun dia tidak berkunjung ke kondo itu sehingga berhari-hari lamanya. Riana tidak berani bertanya ke mana dia pergi, kenapa dia tidak pernah menelefon. Kejamkah Remie ini ? Dia sedar perhatiannya kurang pada Riana. Dia selalu mahu dimanjai Riana, tetapi tidak pernah mahu mengambil tahu apa yang difikirkan gadis itu. Riana....rindunya meruntun kini.
Truuuuuuttt.....
Remie tersentak. Dicapainya telefon bimbit di kepala katil. Sebentar tadi dia terlelap tanpa disedarinya.
"Hi honey. You dah baca emel yang I hantar hari ni ?", suara lembut itu sayup-sayup menerjah pendengarannya. Remie bingkas bangun. Suara ini sudah lama tidak didengarinya.
"You main-mainkan ?"
"No Honey...I tak main-main. I call ni pun nak pastikan you tahu, I tak akan balik dalam masa terdekat ni..."
"You kata nak balik lepas habis study, alih-alih nak kerja kat sana pulak...apasal ni ?"
"Itulah...tiba-tiba je I dapat offer kerja kat sini, takkan I nak tolak ? Ala bukannya lama....dua tahun cukuplah. I nak cari pengalaman kerja di tempat orang.....", rayunya.
Hati Remie kembali panas. Elly telah melampau.
"Pengalaman kerja di mana-mana sama je. You jangan nak bohonglah, kalau you tak apply takkan orang nak offer kerja ? Ini mesti you yang tergedik-gedik nak tinggal terus kat sana kan ? Okeylah kalau macam tu....you tak balik langsung pun tak apa !", suara Remie meninggi.
Dia cukup marah kerana Elly telah mungkir janji.
"Sampai hati you cakap macam tu. Empat tahun tempoh I study you boleh tunggu, takkan dua tahun lagi tak boleh ? Selama mana pun I kat sini, berapa jauh pun kita, hati I tetap pada you", pujuk Elly lagi dengan suara yang cukup lembut.
Namun itu tidak melembutkan hati Remie. Wanita mana pun sama saja. Entah-entah Elly sudah tersangkut lelaki orang putih. Hatinya membara.
"It’s up to you Elly. Kalau you nak kerja juga kat sana, ok. Kerjalah...tapi jangan balik cari I lagi". Telefon bimbit dicampak ke sisi.
Remie termenung panjang. Terbayang sesusuk tubuh seksi milik Elly. Dahulu sewaktu di sekolah mereka pasangan yang secocok, kata kawan-kawan. Dia tidak dapat membayangkan rupa Uda dan Dara, atau seakrab mana Rumi dan Juli, tetapi kalau hendak dibandingkan dalam zaman sekarang, Remie dan Elly bagai Alexander Young dan Arianna Teoh, sama cantik sama padan. Walau pun tidaklah sekacak Alexander, tetapi dia tetap berbangga dapat memiliki Elly. Ramai yang cemburu. Mana tak cemburu, kulit Elly putih melepak, tubuh tinggi lampai persis model, wajah cantik seperti gadis Pan Asian. Remie memejamkan matanya.
Malam-malam hangat bersama Elly terbayang kini. Elly sungguh bijak menggoda. Sekali berjumpa, takkan lengkap kalau tidak menunaikan kewajipan. Elly sentiasa penuh penghayatan dan perasaan, tidak seperti Riana yang sering takut-takut. Kelelakiannya sering teruji bila bersama Elly. Tetapi kini, Elly meminta untuk berjauhan dua tahun lagi. Tidak....dia sama sekali tidak sanggup. Selama empat tahun Elly di London, dia sering resah kalau tubuh seksi itu dijamah lelaki lain. Dia terlalu gundah kalau hati Elly diracuni kata-kata cinta lelaki mat saleh yang bijak memikat.
Elly, jangan persiakan cinta yang hampir sedekad ini.....
bersambung lagi. tungguuuuuuuuuuu....
*****
p/s: remy, tak kusangka sungguh buaya engko ini. makan dua tu.
aku ada baca kat harian metro bersama ustazah mashitah (sekarang dah jadi adun dah) tentang perkara ini. barang siapa yang terlanjur (setan kat mana-mana, orang alim pun ada yg buat), maka wajiblah berkahwin dengan pasangan tersebut (ini bagi lelaki). dah buat tu, bertanggungjawab la. jangan lepas tangan.
tapi bagaimana pula kalau perempuan yang menolak?
ikut kata ustazah mashitah, kalau dia yang menolak, itu hak dia. jangan diganggu lagi perempuan itu dan bertaubat nasuha la. supaya Allah mengampunkan dosa.
erm, aku nak discuss something. maybe too personal. hope everyone open minded. kita dah besar, benda nie isu semasa.
aku pernah terbaca satu artikel mengenai virginity. satu benda yang ada orang kata sensitif, tapi ada yang buat tak kisah. adakah betul zaman sekarang nie orang dah tak kisah pasal virginity? mari kita bincangkan.
mungkin bagi lelaki, susah sekali nak tentukan either dia masih teruna ataupun tidak. tapi bagi perempuan, ada kemungkinan boleh di detect. teringat kisah yang diceritakan oleh ustaz basiron masa pendidikan islam ketika aku di mrsm dulu.
"orang arab dulu-dulu, malam kawin tu diorang letak kain putih atas tilam. kalau esok pagi jadi bendera jepun, maka jadilah perempuan itu isterinya. kalau tiada kesan apa-apa, diceraikan perempuan itu pagi esoknya"
tapi, adakah anda semua tahu? wanita yang cergas dan aktif (suka bersukan and buat benda-benda yang agak agresif) mudah kehilangan selaput dara yang hanya setebal kulit bawang itu? (aku nie macam perempuan pulak. erghhh)
perbincangan saya disini, kalaulah bagi orang yang berkahwin tu (paling dekat nie acong) mendapati isterinya tu dah tak virgin (istilah disini bukan maksud ditebuk tupai), janganlah terus salah sangka. fikir isteri yang bukan-bukan. sekali anda berkata demikian, sampai mati perempuan akan ingat. sebab benda tu melukakan. menuduh sesuatu yang sangat teruk, dan tidak pula dilakukannya. samalah seperti dituduh membunuh, tapi tidak melakukan.
bagi isteri pula, berterus-teranglah dengan suami. lelaki nie walaupun akal dia 9, sometimes terbuat salah jugak. terlalu mengikut nafsu.
tapi mengulas cerpen diatas, aku rasa Remie nie agak buaya. tahap mana hensem dia, aku tak pasti. teringin sangat aku nak jumpa Remie. dan kepada Riana, aku rasa dia dalam masalah. entahlah, hati manusia, siapa yang tahu. sini diluah cinta, sana diluah sayang. last-last dua-dua terlepas.
posted by mizie at 2:34 PM
::
ACONG DAH NAK KAWIN
one of my fren, acong a.k.a norshahril che nazran will get married on 12 june 2004. hopefully i can attend his happy day. dia dah nak kawin, aku bila lagi?
talk about him, banyak sangat kenangan. he was my roommate since form 4 until 3rd year in UTM (masa last year, semua budak final dapat bilik single. and luckily, bilik dia depan bilik aku). so, bilang aaa dah berapa lama. about 5 years.
kalau nak tulis, aku rasa banyak sangat. cuma aku nak amik kesempatan nie, wish him... CONGRATS!!! dah nak jadi laki orang dah.
huh, makin lama makin ramai kawan aku kawin. baru aku sedar, aku dah makin besar dan makin tua. tapi, kenapa aku rasa aku masih sama. tiada perubahan ketara dalam hidup aku. masih seperti dulu. seorang lelaki yang asyik nak enjoy je. nak rehat, nak lepak, nak pergi jalan-jalan, nak tido, nak makan, nak dating ngan awek, nak pergi snorkling, nak main badminton, nak race kete, nak amik gambar, nak tengok wayang, nak pergi pasar malam, nak kacau pompuan, nak main video game final fantasy, nak main pool, nak shopping, nak nak nak nak... kalau nak kata nak, banyak benda nak. benda yang tak boleh pun aku nak. tapi itu nak laa, kalau buat tak tentu lagi. mulut boleh kata macam-macam, tapi badan tak terdaya nak buat.
aku terasa macam nak menangis. nak kata aku rindu sesiapa, tak jugak (walaupun mmg aku rindu orang). tapi aku bukan hendak menangis kerana rindu. aku pun tak tahu kenapa. nak kata sedih, tak jugak. aku rasa aku nak menangis sebab aku pressure. aku tak suka keadaan aku sekarang. aku rasa nak nangis. aku benci sebab aku siksa diri aku. KENAPA AKU INI?
p/s: ya ALLAH, berikan kekuatan kepada hambamu ini. terasa sungguh lemah sekali mengharungi hari-hari mendatang. aku mahu kekuatan, untuk menangkis kelemahan. aku lemah, aku lemah!!
posted by mizie at 4:43 PM
::
ini bukan sambungan cerpen utk entry aku sebelum nie. ini adalah satu renungan yang diberi oleh kawan aku. bila aku baca, ada baiknya aku kongsi benda nie dengan semua orang. bagi lelaki dan wanita, baca dan hayati.
BENGKOKKAH WANITA?
"Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut-lembut, cakap baik-baik... hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan menjadi-jadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi."
"Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad? Siapa yang buat hal kali ni?"
"Staf aku si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak datang kerja. Susahlah macam ni. Kerja pejabat akan terganggu."
"Entah-entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah jump to conclusion."
"Alaah... orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun kata yang orang perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok? Sebab dia bengkoklah orang perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti takut patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah, susah."
"Jangan cakap macam tu, Fuad. Maksud Hadis tu bukan begitu."
"Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan? Apa yang tak kena pulak, Naim?"
"Maksud aku begini. Menafsirkan Hadis itu seolah-olah orang perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang "disadvantaged" atau terkurang seperti yang engkau cakapkan seolah-olah mengatakan yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan perempuan itu sama sahaja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Bengkok yang disebut di dalam Hadis itu bukan bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke arah melakukan perkara-perkara yang tidak baik.
"Buktinya, apabila Rasulullah s.a.w. datang membawa ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu dianggap "golongan yang tak berguna" kepada 'sayap kiri' kepada masyarakat. Baginda ada memberikan tugas-tugas yang penting kepada orang perempuan, terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan."
"Tapi, memang orang perempuan kuat me rajuk. jenuh kita nak layan dia."
"Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan saja. Orang lelaki juga kuat merajuk. Mungkin cara merajuk atau cara 'protes' tu yang tak sama. Punca merajuk sebab iman lemah, bukan sebab jantina.
"Lagipun, apa salahnya kalau kita tegur orang perempuan dengan berlemah-lembut dan berhikmah.
Bukankah begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah-marah sehingga mereka merajuk, bukan mereka yang salah, tetapi kitalah yang salah. Entah-entah waktu itu kita lebih `bengkok' daripada mereka!"
"Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje."
"Aku bukannya nak bela siapa-siapa. Aku cuma nak betulkan pemahaman yang tidak betul terhadap Hadis tu."
"Apa maksud sebenar Hadis tu?"
"Orang perempuan yang diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah satu 'penyempurnaan'. Sepertimana juga usus manusia yang berlipat-lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna. Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat `pelindung'. la melindungi organ-organ penting di dalain tubuh manusia seperti jantung, paru-paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang
diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu "
"Oh begitu. Jadi bila Nabi katakan yang orang perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?"
"Begitulah. Selain itu, maksud `tulang rusuk yang bengkok' itu ialah sifat `rahmah'. "Ini bermakna bengkoknya wanita ialah sifat semulajadi yang Allah ciptakan untuk wanita agar dia dapat memainkan peranan yang tidak dapat dimainkan oleh lelaki. Orang perempuan itu sifat semula jadinya penyayang. Perasaannya halus. Kerana adanya sifat-sifat itu, orang perempuan boleh sabar menjaga dan melayan anak-anaknya yang berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja-kerja rumah
yang mungkin kepada kita sangat membosankan."
"Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan sangat sesuai menjadi guru, jururawat, dan apa juga bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu jangan cuba buang sifat "bengkok" ini daripada orang perempuan dengan memberikan mereka tugas-tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ-organ yang penting tadi tidak akan selamat."
"Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkanlah betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil hinggalah besar"
"Hmm, betul tu Naim." "Sebenarnya tiada siapa yang 'bengkok' mengikut tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan itu bergantung kepada iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat-sifat yang terkeji di dalam dirinya pun akan jadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya."
"Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah-marah dan tidak sabar"
"Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih `bengkok' daripada kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang kitalah yang lebih `bengkok' daripada semua orang lain di muka bumi ini...
p/s: manusia dijadikan berpasang-pasangan. tapi bila bercinta, jangan nak pasang 2 atau 3. BAHAYA!!!
posted by mizie at 6:11 PM
::
cerpen ini aku ambil dari email yang diberikan kepadaku. hayatilah ia. ada benar kisah hidupnya dalam kehidupan seharian. amik yang baik, yang buruk buang jauh-jauh.
Wajah semanis madu, Hati luka tak siapa tahu
Ketika dia tiba di kawasan pantai itu hari masih pagi sekitar jam sebelas lebih. Pemandangan laut yang terbentang sangat meredupkan mata memandang. Nampak sungguh indah dengan kebiruan air laut dan pancaran matahari yang mula meninggi di atas kepala. Senyuman mengorak di bibir Riana. Sudah lama benar dia tidak ke sini. Port Dickson. Bagi orang lain apalah sangat yang boleh dibanggakan dengan pantai di sini, airnya semakin kotor, kata mereka. Riana tidak peduli. Dia bukan ingin bermandi-manda di pantai, dia cuma ingin menghirup udara laut dan menjamu mata dengan pemandangan kebiruan yang mendamaikan ini. Hatinya tenang dapat membebaskan diri seketika dengan segala permasalahan.
Selepas mendaftarkan diri di kaunter penyambut tetamu, terus saja dia naik ke bilik di tingkat tiga. Apabila dikuak langsir yang menabiri tingkap bercermin itu, terserlahlah satu pemandangan laut yang membiru seluas mata memandang. Amat cantik. Jika dipandang ke bawah boleh nampak pantai berpasir putih dan teluk kecil buatan manusia, di tepinya ada pokok-pokok kelapa tersusun elok. Berhampiran bangunan hotel ada kolam mandi untuk anak-anak pengunjung bermain air.
Riana membuka tingkap seluas-luasnya agar bayu laut dapat menerobos masuk. Di situ dia berasa tenang setenangnya.
Remie tidak tahu dia di sini. Sengaja Riana tidak memberitahu. Biar dia mencari ke serata ceruk Kuala Lumpur, biar dia mengamuk. Riana benar-benar berjauh hati dengan sikap Remie yang tidak ambil pusing tentang hasrat hatinya. Kenapa Remie terlalu liat bila berbicara tentang nikah kahwin. Sanggupkah dia hidup begitu selama-lamanya ? Sudah puas dia cuba memahami hati Remie, tetapi lelaki itu tidak pernah cuba memahami hatinya. Dia cuma ingin hidup dengan tenang di samping seseorang yang disayanginya. Dalam keadaan sekarang mana mungkin dia tenang andai setiap waktu dihimpit dosa yang menggunung.
Remie. Seorang lelaki yang keras hati dan sukar diduga pemikirannya. Kadang-kala dia begitu suka mendesak orang mengikut kemahuannya, kadang-kala dia boleh menjadi begitu lembut dan bertoleransi. Ada kalanya dia berangin tidak menentu, ada masanya dia seorang kekasih yang romantik. Satu perangainya yang nyata, dia sangat tekun bekerja dan tidak suka diganggu dengan perkara-perkara remeh di saat sedang bekerja. Lelaki itu juga pantang sesekali didesak. Sebab itu Riana tidak berani bercakap banyak kali tentang hal nikah kahwin ini. Tengok saja selepas malam dia menangis di sejadah hari itu, selepas berbicara tentang kahwin Remie langsung tidak muncul-muncul lagi sehingga ke hari ini. Biarkan dia dengan dunianya.
Riana tidak mahu memikirkan Remie lagi. Dia lalu turun ke pantai. Menjelang tengahari begitu tidak ramai orang berada di pantai. Mereka yang mandi-manda dari pagi lagi sudah pun beransur naik ke bilik masing-masing. Riana berjalan perlahan-lahan di bawah rimbunan pokok-pokok di tepi pantai. Sebenarnya dia ingin berjalan di gigi air dengan membasahkan kaki tetapi matahari sudah tegak di kepala, sangat panas.
Penat berjalan, Riana duduk sebentar di benteng yang dibina dari guni-guni berisi pasir. Sambil memandang lepas ke laut Riana membebaskan fikirannya dari segala permasalahan. Dua tiga buah kapal nampak begitu kecil sedang bergerak perlahan-lahan di tengah laut. Orang di pantai nampak kapal bergerak perlahan, tetapi sebenarnya ia tidaklah begitu perlahan. Siapakah di dunia ini yang rela ditinggalkan waktu ? Semua orang di zaman ini bergerak dengan pantas demi mengejar masa yang tidak pernah menunggu sesiapa. Kecuali Remie, yang suka bertangguh-tangguh seolah-olah masa itu miliknya seorang, seolah-olah masa boleh memegang angka usianya agar tidak bertambah.
Ah lagi-lagi Remie ! Riana ke sini kerana ingin lari daripada Remie. Lari daripada Remie ? Tidak ! Dia belum bersedia untuk lari daripada Remie. Kalau dia ingin lari dia tidak akan datang ke Port Dickson, sebaliknya dia akan mencari rumah sewa yang lain, membeli pek permulaan perkhidmatan telefon yang baru dan mula mencari lelaki yang baru. Tetapi Riana tidak ingin. Riana ingin Remie memahami dirinya dan kehendaknya, Riana ingin Remie menjadi suaminya yang sah, yang boleh memanjai dirinya dengan lesen perkahwinan yang sah. Mengapakah itu terlalu sukar buat Remie.
Buk ! Riana tersentak. Sebiji bola tergolek di kaki. Seorang budak India datang memungut bola sambil tersengih-sengih dan mengangkat tangan tanda maaf.
"Sorry kak !"
Riana cuma membalas dengan senyuman hambar. Dia kembali merenung ke laut lepas. Mengapa aku jadi begini ? Apakah yang aku cari di dalam kehidupan ini ? Kalau dulu sewaktu di universiti, diseksa dengan bermacam-macam tugasan dan peperiksaan yang tidak jemu menjelang, matlamat cuma satu, iaitu kekalkan pointer di tahap baik supaya tidak perlu mengulang subjek, sambil berharap masa cepat berlalu agar diri bebas dari segala seksaan.
Kemudian setelah tamat pengajian, setelah penat berposing di depan kamera dengan berjubah konvokesyen, jiwa diresahkan pula dengan peluang pekerjaan yang sering menjadi kebimbangan beribu-ribu graduan di negara ini. Susah mencari kerja, kata mereka. Riana pun tidak berkecuali. Dengan matlamat ingin mencari kerja yang baik dan membantu keluarga, berpucuk-pucuk suratlah dihantar ke mana-mana syarikat yang memerlukan pekerja. Jarang sekali pihak syarikat yang memberi maklumbalas, kalau ada pun hanya dipanggil temuduga sekali kemudian diam tanpa khabar berita. Fahamlah calonnya bahawa dia tidak terpilih untuk diambil bekerja. Dalam kegusaran itulah dia bertemu Remie yang menawarkan bantuan. Dapatlah dia bekerja di syarikat pengiklanan itu sehingga sekarang.
Lalu, setelah memperolehi pekerjaan dengan imbuhan yang boleh tahan, jadi apa lagi yang dikejarkan ? Memang lumrah manusia ingin membina sebuah keluarga bahagia jika dirasakan sudah mampu, tetapi bukanlah Riana terdesak sangat untuk berkahwin. Kalau hendak kata ingin memenuhi keperluan batin seperi yang setiap manusia perlukan, tidak tepat bagi Riana kerana dia memang boleh mendapatkan itu. Remie sudah ada cukup untuk memenuhi keperluan batin. Tetapi adakah itu halal ? Adakah itu dibenarkan ? Itu yang Riana kesalkan. Dia sudah tersimpang jauh dari landasan agama dan adat bangsanya.
Remie dan Riana tiada sebarang ikatan. Setiap kali Remie mendatanginya Riana rasa bahagia. Tetapi selepas itu ? Setiap kali diajak berbincang setiap kali itu Remie menolak Riana terasa dirinya bagaikan hanya alat permainan bagi Remie. Dia datang dan pergi sesuka hati. Dia memperlakukan Riana bagaikan isteri sendiri tetapi bila diingatkan tentang tanggungjawab dia akan melenting. Haruskah Riana terus bersama lelaki sebegitu ?
Sayang. Istilah sayang terlalu sukar untuk dikikis daripada sanubari setiap manusia. Selepas beberapa lama, Riana baru menemui sayang setelah dipertemukan dengan Remie. Lelaki itu telah berjaya mengembalikan cinta ke jiwanya yang hilang setelah dibawa lari seseorang sejak lama dulu. Secara zahir dan batin lelaki itu telah mengikat hatinya sehingga dia sukar melepaskan diri lagi. Dan sesungguhnya Riana tidak ingin. Dia tidak ingin lari lagi daripada cintanya yang satu ini. Telah banyak cinta dipersiakan, telah banyak jiwa dikorbankan, akhirnya dia sedar dia perlu setia kepada cinta. Tanpa cinta dia tidak akan ke mana-mana. Biarpun dinafikan berkali-kali jiwa wanitanya tetap mengharapkan belaian cinta seorang lelaki.
Tetapi cintakah Remie kepadanya ? Bukan tak pernah Remie mengucapkan cinta tetapi Riana masih sangsi. Cinta Remie bermusim. Di musim-musim dia kedinginan, segala rasa cintanya dicurahkan buat Riana seorang. Pada saat itu dialah hero yang berjiwa romantis, pujuk rayunya tidak mampu disingkir oleh sesiapa pun.
"Mak Una....Mak Una nak kahwin bila ?" Masih Riana ingat soalan itu terlontar dari mulut comel anak saudaranya, Daniel ketika dia menjenguk keluarga di kampung dua bulan lalu.
"Mak Una nak jadi anak dara tua." Sampuk pula Atirah kakak Si Daniel. Ditatap wajah anak yang berusia sepuluh tahun itu. Ternyata wajah itu begitu selamba tanpa memahami apa-apa yang diucapkannya sebentar tadi. Riana sekadar tersenyum tawar melihat Nadirah kakaknya menegur silap laku si anak. Langsung tidak terkesan di hati Riana. Agaknya anak yang keletah itu pernah mendengar seseorang mengucapkan perkataan itu di mana-mana, lalu dia pun teringin mengucapkannya juga.
Tidak ada sesiapa pernah menggelarnya anak dara tua kecuali anak saudaranya itu. Sememangnya dia belum layak untuk itu. Usianya baru dua puluh lima tahun. Masih muda. Masih banyak masa untuknya kalau diikut-ikutkan. Tetapi keadaan sebenar memang berbeza. Memang perlu dia berkahwin secepat mungkin memandangkan dirinya itu telah diwajibkan berkahwin kalau mengikut hukum. Riana memang ingin berkahwin tetapi masalahnya Remie yang tidak ingin !
Terlalu penat memikirkan Remie. Riana melangkah longlai balik ke bilik. Selepas mengerjakan solat Zohor dia berbaring sambil cuba melelapkan mata. Biarlah segala persoalan berlalu, otaknya sudah terlalu penat untuk itu.
Riana terjaga semula apabila tubuhnya terasa semakin sejuk. Rupanya hari sudah pun senja. Dia mengeluh kesal kerana terlepas solat Asar. Selepas menutup suis pendingin hawa Riana bergerak perlahan ke arah tingkap. Apabila tirai diselak, nampaklah langit terbentang dengan warna jingga melimpahi dadanya. Matahari sudah megundur diri, bulan pula mengambil tempat. Sungguh indah pemandangan ini. Pepasiran di pantai sudah tidak kelihatan lagi dilitupi air laut pasang sehingga hampir sampai ke benteng pasir yang dibina. Sekejap lagi air akan akan mencecah benteng pasir itu.
Riana segera mandi dan bersembahyang Maghrib serta mengqada solat Asar yang tertinggal. Sekejap lagi dia akan keluar mencari gerai makan. Makan di tepian pantai. Itu yang Riana paling suka jika ke pantai. Sementelah lagi dari pagi dia belum makan apa-apa. Perutnya jadi bergelora.
Setelah bersiap ala kadar Riana keluar dari bilik dengan membawa kunci kereta. Janggal juga keluar makan berseorangan, di tempat yang sepatutnya orang datang beramai-ramai pula. Tetapi Riana nekad sahaja, takkanlah pula hendak makan di café hotel itu, harganya berganda-ganda daripada harga makanan di gerai sedangkan hidangannya sama saja. Mungkin makanan di hotel lebih dari segi hiasan dan layanan pekerjanya.
Riana memandu kereta perlahan-lahan menghala ke Teluk Kemang. Kereta agak banyak tersusun di jalan sehingga pergerakan jadi perlahan. Esoknya hari Sabtu, patutlah bilangan pengunjung semakin bertambah. Sambil itu Riana melilau pandang ke kanan jalan, mencari-cari kedai makan yang terletak di tepi pantai. Di sana nampak ada sebuah kedai makan dengan lampu hiasan biru merah bersebelahan dengan deretan kedai-kedai menjual pakaian dan cenderamata. Bolehlah, orang belum ramai sangat.
Dia memberi isyarat ke kanan lalu membelok. Setelah mengunci kereta dia memilih satu meja yang agak terasing daripada yang lain. Cahaya di situ pun tidak berapa terang kerana lampu kalimantang terletak agak jauh dari meja itu. Bolehlah sekadar untuk makan seorang. Yang paling Riana suka ia dekat dengan pantai. Bayu laut terasa sangat dingin menghembus di wajah dan membuai hujung tudungnya. Ada pula muzik percuma. Tidak jauh dari situ Riana nampak seorang lelaki yang membelakanginya sedang leka memetik gitar, di hadapannya dua orang lagi sedang berbual-bual. Tentu saja salah seorang dari mereka tuan punya gerai menjual pakaian itu.
Seorang budak lelaki datang mengambil pesanan. Riana memerhati menu seketika. Ada kerang bakar ! Memang menjadi kegemaran Riana. Dia lantas memesan nasi goreng, semangkuk kerang bakar dan jus tembikai. Sambil menunggu pesanan Riana memerhati ke laut lepas, walaupun hanya hitam pekat yang kelihatan, bunyi desiran ombak memukul pantai cukup mendamaikan hatinya. Petikan gitar yang dimainkan orang di sana pun cukup memikat pendengaran Riana. Merdu sekali walau hanya memainkan lagu-lagu yang telah lama popular ciptaan orang lain. Rasa-rasanya Riana kenal lagu itu, tetapi apa judulnya Riana tidak dapat mengingat.
Menikmati hidangan malam bersendirian, Riana teringat suasana di kondonya. Memang biasa dia makan bersendirian sebab selalunya Remie akan tiba selepas waktu makan. Sekitar jam sepuluh lebih barulah dia muncul. Kadang-kadang jika Remie mahu makan bersama dia akan menelefon dahulu sama ada meminta Riana memasak untuk dua orang atau menyuruh Riana bersiap untuk dibawa makan di luar. Sebenarnya Remie boleh menjadi seorang yang amat romantik jika Riana tidak memulakan hal yang tidak digemarinya. Seperti di awal perkenalan, Riana sukar memahami Remie. Sekejap baik dan sekejap itu pula boleh mengeluarkan ayat-ayat yang pedih. Lelaki itu suka berterus-terang tentang apa yang tidak disukainya dan tidak pula suka memuja wanita dengan rayuan dan pujian. Dia hanya memujuk rayu kalau ada kepentingan bagi pihaknya.
Selepas makan Riana tidak berhajat pulang terus ke bilik. Dia mahu menghirup angin laut sepuas-puasnya, menikmati suasana malam dengan berjalan seorang diri. Memang terasa dingin tetapi dia akan bertahan selagi mata belum mengantuk. Sebelum menyusuri pantai di belakang hotel yang ditumpanginya Riana berjalan-jalan dulu di sekitar deretan kedai menjual pakaian dan cenderamata di situ.
Kedai yang di hujung sekali, yang di bahagian belakangnya ada pemuda bermain gitar menjual pakaian seperti T-shirt dan bermuda dari kain kapas yang memang sesuai untuk berjalan-jalan di pantai. Perhatian Riana lebih tertumpu kepada dress paras lutut dan bertali halus di bahu yang biasa dipakai orang untuk bersiar di pantai, tapi Riana gemar memakainya untuk dibawa tidur. Kainnya lembut dan sejuk pada kulit. Corak kainnya tidak lain mesti bermotif kerang dan siput laut, ada juga bermotif bunga-bunga besar. Cuma warnanya saja yang membezakan baju itu cantik atau tidak. Tetapi bagi Riana tidak kisah memilih warna apa pun, semuanya sesuai dengan warna kulitnya yang putih dan gebu.
Banyak-banyak baju tergantung ada satu yang menarik perhatian Riana. Dress berlatar warna putih tetapi motif siput laut kecil-kecil dilukis dengan warna hitam. Hitam-putih, gabungan yang menawan sekali.
"Tengok baju kak long. Yang mana satu kak long ?" Ramah si tauke kedai melariskan jualan. Mengapa pekedai sering menamakan orang sebagai kak long padahal aci kerat jari Riana yakin lelaki empunya kedai itu lebih tua daripadanya.
"Cuba tengok yang tu. Yang hitam putih tu." Riana menuding pada baju yang tergantung agak tinggi dari yang lain. Baju itu pun diturunkan lalu diserah ke tangan Riana untuk dibelek-belek,walhal Riana sudah cukup berkenan dengannya.
"Berapa ?" Tanya Riana.
"Satu."
"Huh bergurau pulak dia. Maksud saya berapa harganya ?"
Si tauke kedai ketawa mesra. Pikat pelangganlah kononnya, wanita pula tu.
"Enam belas ringgit je kak long, yang ni special untuk kak long tau orang lain tak dapat." Manis kata-kata si penjual.
"Kalau special kurang lagilah, sepuluh ringgit boleh ? Untuk saya saja orang lain tak dapat." Si pembeli pun pandai bermain kata.
"Ha ambik kau Mael. Nak sangat special." Sampuk kawannya yang berada di belakang.
Tauke yang bernama Mael itu tersengih sambil menggaru belakang tengkuk.
"Sepuluh ringgit banyak sangat kurangnya kak long. Kira lima belaslah, okey ? Atau pun kak long beli dua helai saya bagi empat belas setiap satu. "
"Aha kak long ! Kalau beli tiga dapat sepuluh ringgit, dengan dia-dia sekali percuma." Seorang lagi kawannya, yang berbaju hitam dan sedang memegang gitar pula menyampuk diiringi gelak ketawa kawan yang seorang lagi. Walaupun dia menjengah pembeli yang dipanggil kak long itu tidak kelihatan kerana terlindung di sebalik baju-baju lain yang bergantungan.
"Tak guna kau Boy. Wei diamlah !" Jerit Mael kepada kawannya.
Boy ? Betullah dia ! Daripada suara dia tadi pun Riana sudah kaget, seperti suara yang dikenalinya. Dia pandai bermain gitar, dia suka memakai baju berwarna hitam, dia dipanggil Boy oleh kawan-kawannya, dia…..
Riana menyelak baju-baju bergantungan yang menyekat pandangan. Sekali terpandang,
"Irfan !!!"Riana tidak sedar dia menyebut nama itu dengan begitu kuat.
Dia yang baru hendak memetik gitar menoleh ke arah Riana.
"Yana !"
p/s: aku rasa nanti ada sambungannya. tunggu.
posted by mizie at 11:35 AM
::
I NEED REST
i just get my new gadget yesterday. alamak, guna OS lain aa pulak. nak kena guna QNX. and nak run C/C++ program. wes, aku tak tahu. ada sape boleh bantu aku tak? penat aa nak membaca lagi. naik krem otak aku. since june last year, aku tak cuti and pergi vacation. tomorrow housemate aku pergi Cornwall. ikut hati memang nak ikut. tapi banyak benda aku nak buat. nak basuh baju lagi, nak godak-godak embedded PC aku nie lagi, nak kena study assembly and buat programming lagi. aku nie robot ke ape? penat weh, penat. kasihanilah aku, kasihanilah aku.
nasib baik ada benda yg menenangkan aku. kalau
Rudy dengan Oly nya, aku pun ada peneman aku. aku kasi kan nama Mino. lebih kurang macam Nimo. kini dia Mino temankan aku hari-hari. jangan risau, Mino nie takde jantina. so, kalau aku bawak dia tido pun tak de JAIUK nak tangkap (JAIUK - jabatan agama islam united kingdom).
kau 'skru' cintaku didalam hatimu
p/s: jalan-jalan hujung minggu, ingin jumpa awek baru!!
posted by mizie at 7:26 PM
::