Thursday, May 20, 2004

IF YOU LOVE SOMEONE, MEAN IT!!

20th july 2003 is the date when me and amy declared to be a couple. and today, 20th may 2004. wahhh!! we've been couple for 10 months. 10 months couple without meet each others, even once. i repeat, not even ONCE!! but how we manage to be a happy and lovely couple?

when someone asked me how i meet amy, they all supprise when i told them i didn't ever meet her face to face. and they think we're IT couple (chat aa nie). nope, we didn't chat. and just email less than 5 times. but how we get connected? haa... apa lagi, call laa...

still remember for the first time i call her. she quiet shock, how i manage to get her number. i told her, her friend gave it to me. but damn, where i get this kind of strength to call someone that i totally have no idea about her.

i push myself to know someone else and try to throw away my sadness. if you're my frens, you may know what i mean by this sadness. it kept this in my mind for about 2 years. yeap.. two years live with a sharp knife stab on my heart. it keep me bleeding everyday.

enough about the past time, how about if i share something about me now? since i know amy (nama penuh kat kad pengenalan ialah emilda zuraini bt. mohd abdul rahman), my life full with colors. hehhehe... she's so kind, lovely, manja, lemah lembut, baik hati... ohhh.. to many to put in here (saya puji ikhlas, not because i'm her bf). i'm so thankful to meet someone like her.

she give me full charge of power everyday. when i'm stress or sad, she will be there. eventhough i just can hear her voice, but it seems like she's behind me. hug me tidely. comfort me with 100% of love. it is sooooooo nice and soooooo good.

so amy, i take this opportuinity to express my love to you. you'll be in my heart forever and ever. i'll keep you save in my safety box (bukan peti kat bank). and i have throw away the key in the deep blue sea.

let me dedicate this song just for you. close your eyes and i'll wishper a magic word to you. "Emilda, I LOVE YOU..."


Kau Tak Pernah Jauh by Nora

Di mana pun ku berdiri
Kau kan tetap kuingati
Kau selalu dekat dalam hati ini

Dan tak pernah sehari pun
Hari-hari yang berlalu
Tanpa aku merindu mu kekasihku

Saat kita berjauhan
Jangan ada rasa bimbang
Kerna cinta menyatukan perasaan

Tak mengira detik waktu
Ingin kulafaz selalu
Aku cinta kepadamu

Walau seribu liku di depanku
Akan tetap aku tempuh
Dalam hatiku kau tak pernah jauh

Walaupun terpaksa ku menunggu
Tanpa jemu dan selalu
Sentiasa dekat di hatiku...

Kau membuat hidup ini
Semakin lebih bererti
Kau miliki kelebihan tersendiri

Tak mengira detik waktu
Ingin kulafaz selalu
Aku cinta kepadamu
Kekasih... kepadamu... kekasih


p/s: jiwangkah aku.. akukah jiwang?

posted by mizie at 9:26 AM ::



Monday, May 17, 2004

BERIKAN KU SEPAYANG SAYAP, AKAN KU TERBANG SERATA ALAM

cerah mentari memberi aku sinar, aku harap ia kekal. kekal selamanya. putih dan bercahaya, seperti impianku. aku mahu hidup aku dipenuhi cahaya yang terang, memudahkan aku untuk meneruskan hari-hari mendatang. tapi adakah aku terpikir, terangkan aku pada hari esok. atau blackout yang memenuhi ruang didalam diri ini?

maaf ku katakan kepada internet diari ku ini. agak lama aku tidak menjenguknya. bukan bermakna aku sudah melupakan kamu selamanya. kau masih berada dihati ini, kerna dikaulah tempat aku mengadu damba, melepas resah. walaupun aku tahu, kau tak punya kuasa untuk melayanku, tapi cukuplah kalau kau berikan aku ruang agar dapat aku berceloteh. kekadang duka, kekadang suka. hari esok, sapa yang tahu.

aku tak pasti samada aku pernah terpikir mahu jadi burung atau tidak. tapi aku pernah terpikir untuk terbang. kalau zaman aku kecil dulu, impian menjadi superman sudah semestinya. bayangkanlah, impak kebolehterbangan superman itu membuatkan aku menangis mengizinkan baju superman seluar dalam diluar (sumber dari emakku). akhirnya aku memperolehi juga. sehelai baju berlogo 'S' serta 'sayap' merah dibelakang.

rupanya aku tertipu dengan ilusi. masakan manusia boleh terbang dengan baju sebegitu. penat lelah aku berlari, agar aku terbang tinggi. tapi semua itu sia-sia. usahaku untuk terbang, hanya angan-angan sahaja. cis, kau penipu wahai superman. kau penipu dunia.

tapi kalau ku lihat burung, indah rasanya. terbang megah bagai lang merah menguasai angkasa.

eh, aku rasa aku dah merepek nie. aku melalut. aduh.. otak aku melilau semasa aku menulis nie. aku tak pasti, kenapa aku menulis mengenai burung? mengapa aku ini. aku sudah tidak boleh memfokus diri. converging beam yang aku harapkan, kini sudah menjadi diverging beam. perlu difokuskan semula. ayuh, ayuh..

p/s: kalau mahu fokus, perlu guna kanta cekung atau kanta cembung?

posted by mizie at 2:28 PM ::