Thursday, July 22, 2004

MAAFKAN AKU

kepada semua kawan-kawan aku, yang pernah kenal siapa aku. aku minta maaf banyak-banyak sekiranya aku ada buat salah kat korang semua. maybe aku tak sedar semua tu. tapi itulah lumrah hidup. aku tak lari dari buat salah.

aku rasa banyak aku buat salah kat kawan-kawan aku. aku banyak singgungkan hati korang. tapi aku tak sedar semua tu. aku manusia biasa. maafkan aku. janji yaa, korang akan maaf aku ok?

sepanjang 24 tahun aku hidup ni, kawan-kawan lah yang banyak membantu. aku banyak habiskan hidup aku bersama kawan-kawan dari bersama keluarga aku sendiri. since umur aku 13 tahun aku belajar hidup dengan kawan. aku berdikari bersama kawan-kawan. kalau dikira, separuh hidup aku ialah bersama kawan-kawan aku.

terima kasih banyak-bayak dengan tunjuk ajar kalian semua. aku akan ingat sampai mati. aku rasa, tanpa korang semua aku takkan jadi manusia macam sekarang nie. aku berkongsi pahit manis dengan korang semua.

maafkan salah silap aku. halalkan makan minum aku.

aku tak tahu kenapa hati aku jadi sayu sangat ketika ini. aku rasa sedih, aku rasa pilu. takkan ada siapa pun yang akan paham keadaan aku sekarang.

kepada kawan-kawan aku sekalian, maafkan aku.. maafkan aku.. maafkan aku..

sehingga kita berjumpa lagi. aku akan ingat korang semua sampai aku mati.

posted by mizie at 10:22 PM ::



Tuesday, July 20, 2004

happy 1st anniversary

at last, it reach one year today. tak sangka, dah setahun aku couple. and just 9 days i have time to meet her. it's equal 2.47% from the whole year i spent with amy. dah nasib, we should take it yaa amy.

hope it will be again next year. and next year and next year. and it will continue forever and ever. wish us all the best.

thanks emilda. thanks!!





posted by mizie at 5:53 PM ::



Friday, July 16, 2004

SAYANG KEKASIH TINGGAL-TINGGALKAN

it has been a while i didn't update this blog. errmmm.. let me guess, near 2 months!!! hahaha.. sorry my blog. i treat u like this. not mean that i'm leaving you alone. you still in my heart.

opss, terjiwang plak ngan blog aku nie. dah lama aku tak update. since aku balik mesia june lepas, langsung aku tak jenguk 'SAYANG-AMY' aku nie. tapi aku sempat jumpa AMY aku yg sebenar. yerp, yang real. aku jumpa depan mata aku sendiri. aku sentuh dia. and, she's REAL. i'm not in a dream.

sepanjang aku balik malaysia june lepas, tak banyak yang aku buat. aku banyak habiskan masa kat kampung. duduk rumah, rehatkan badan. makan, makan and makan. sampai berat aku kini dah naik ke 72 kilo. aku dah berat laa. dulu 66 kg je.

fisrt week in malaysia ialah masa yg paling penat bagi aku. first day sampai KL, malam tu aku terus gerak balik Perak. jet lag pun tak habis lagi, hari jumaat tu aku tolong prepare for my bro's wedding. pagi-pagi sabtu aku dah gerak ke alor star. drive pengantin. seronok je pengantin duduk tepi, aku bersengkang mata bawak diorang. chess....

habis je kenduri kat belah pompuan, nak kena prepare utk rumah aku pulak. ngan meja makannye, dengan balai hidang nye, nak angkut periuknye, pinggannye. memang penat. tapi aku lelaki, hero ape (dalam hati, aku dah nak tido je). tapi yg paling penat, hari kawin. aku jadi "KETUA" kenduri. semua decision aku pegang. dari beli barang, sampai laa sambut tetamu. cari itu, cari ini. pergi situ, pergi sini. gula tak cukup la, rokok habis la, pinggan nak hidang tak basuh lagi la. huh, teruk seh jadi laki nie. dah aku yg paling tua after abang aku. kena laa buat semua nie. tapi takpe, lepas nie aku pulak kawin, aku yang goyang kaki. heheheh.. raja sehari laa katakan.

tapi semua tu, aku dapat lupakan. sikit pun aku tak rasa penat lepas aku jumpa seseorang. nak tahu aku jumpa sape? sape lagi kalau bukan EMILDA ZURAINI. someone yg aku nak jumpa sangat masa aku balik mesia. dah akhirnya, dengan izin Allah, aku dapat juga berjumpa dengan seorang insan yang aku sayang sangat. and yg paling penting, pertemuan buat kali pertama.

pertemuan yg dicadangkan gagal. pada mulanya, amy nak ambil aku kat melaka central. tapi disebabkan kebodohan bas (bas penuh siak dari KL ke melaka!!!) aku sampai lewat. dalam kul 7.30 malam camtu. amy memang tak pernah keluar malam, and parents dia pun tak kasi. so, pertemuan 4 mati antara aku dan amy berlangsung di depan pintu rumah dia. yerp, aku jumpa amy buat pertama kali dirumahnya.

aku disambut dengan ciuman. jangan salah sangka, bukan ciuman di pipi ke ape ke, amy cium tangan aku. sejuk hati aku bila amy buat macam tu. aku tenung dia, dia tenung aku. mula-mula diam masa first time jumpa. just senyuman aku dapat kasi. entah la camne aku senyum (sebab time tu ku dah serabai - 8 jam atas bas dari perak ke KL and KL ke melaka). tapi aku tengok amy senyum, aduh.. nak gugur jantung. thanks sayang. thank you sooooo much with your warm welcome.

alhamdulillah, family amy terima aku. aku jumpa semua ahli keluarga dia, cuma abang dia yg 2nd aku tak sempat jumpa. lain kali boleh ketemu.

walaupun aku hanya dapat jumpa amy beberapa hari saja sepanjang aku balik mesia, aku rasa bahagia sangat. walaupun itu tidak cukup bagi aku, tapi sekurang-kurangnya aku dapat juga berjumpa buah hati aku. itulah kali pertama aku jumpa sepanjang kami bercinta. best sangat. kalau tak percaya, cuba korng buat. couple tapi tak berjumpa. then lepas setahun, baru jumpa. cuba bayangkan keadaannya. aku sendiri tak tahu nak cerita camne. aku rasa macam nak terbang masa tu. tapi aku bukan burung, aku cuma rasa nak terbang je. tapi logiknya, tak boleh.

family aku pun terima amy. aku seronok sangat. berjalan lancar semuanya. family amy mintak confirmation dari family aku. and mak aku call, utk confirmkan yang aku nak anak dia. YES!!!!!!!!!!!!!!!! hahahhaa, suka hati aku. family aku confirm, family dia pun confirm. tapi aku tak sempat nak bertunang, masa singkat. aku tak plan pun nak bertunang lama-lama. so, aku amik keputusan merisik je dulu. tapi merisik style baru. main call je. family aku tak sempat nak ke melaka. nenek aku sakit kat rumah and takde sape nak jaga. lagipun transport pun problem. aku takde kete nak bawak family aku.

so, aku jalankan sendiri process risik merisik nie. aku hantar sendiri cincin kat amy. cincin sebagai tanda yang aku mahukan dia. nak tengok cincinnya? kat bawah nie gambar cincin tu. cincin simple sangat. aku harap amy terima and pakai selalu. takdenye cincin ad batu besar-besar. aku tak minat sangat yang besar-besar. macam mak datin or mami jarum.







suka aku tengok tangan amy. halus, licin and putih. tak salah kalau aku puji kekasih sendiri. itu hak aku. and semua orang ada hak masing-masing.

tapi sayang, aku tak dapat bersamanya buat masa nie. aku dah balik ke UK. isk, kenapa banyak sungguh dugaan aku. last day aku bersama amy, banyak dihabiskan dengan air mata. kesian aku lihat amy tersedu-sedu. sayang sungguh untuk lepaskan aku balik ke UK. bayangkan, hampir setahun tak berjumpa. bila dapat berjumpa, hanya seminggu lebih saja aku dapat bersamanya.

sayang, tunggu yaa. insyaallah, ada jodoh kita. pegang janji kita.

p/s: sayang kekasih tinggal-tinggalkan. tapi jangan tinggal selamanya, itu nama putus cinta.












posted by mizie at 11:35 AM ::