MERDEKA!! MERDEKA!!
hari nie dah 31 ogos rupanya. 31 ogos 2004. hari kebangsaan bagi malaysia. atau boleh dikenali sebagai hari kemerdekaan. merdeka dari jajahan british (negara yg aku duduk sekarang nie). yaa!! merdeka! merdeka!
tapi sape yang sebenarnya merdeka? hari ke, negara ke, rakyat? aku pun tak berapa nak pasti untuk mengolah pernyataan diatas. setiap orang ada pandangan masing-masing. pandangan individu yang matang. kalau tanya budak-budak, senang je jawapnya. jawapan nie aku pernah gunakan masa aku kecik-kecik mentah dulu. bagi aku, hari kemerdekaan ialah hari CUTI!! dan juga hari perbarisan pasukan pengakap yg aku kena lead and terpaksa berjemur kat padang perbandaran parit buntar. lepas tu buat ada pertandingan perbarisan tercantik dan juga banner terlawa. sekolah aku just pernah menang banner je. perbarisan tak pernah menang. sebab semua kawad macam taik lembu. kelepek kelepek hentak kaki.
weekend lepas, aku bosan sangat. duduk rumah je. aku tak tahu nak buat ape. nak datang school, aku rasa malas. nak lepak and golek-golek waktu weekend. tengok TV pulak takde cite ape. nak layan CD, aku tinggal laptop aku kat lab. so, dengan nekadnya, aku pergi beli DVD player yang boleh main VCD sekali. hahahaha.. aku laburkan 30 pound beli benda alah tu. brand cikai, tapi boleh pakai sudah.
so, ahad lepas bermula laa movie marathon aku. aku layan dari pagi sampai malam. start dengan LOTR:ROTK, lepas tu aku layan Buli, then aku layan Apa Nak Dikata, Last Samurai, and tengok sikit AADC. cadang hari ahad tu aku nak masak nasi lemak and nak buat sambal udang, tapi aku terpaksa cancle. tokei seafood takde kat rumah. penat aku call nak beli udang, tapi takde orang angkat. terpaksa aku cancle menu aku utk hari ahad tu. aku cuba cari menu lain, and aku teringat aku ada ikan rainbow trout. yaaa, ikan tu selamat aku buat ikan masak sos lingam. nyum nyum... seperiuk aku makan sesorang. lapar siutt!!!!!!
koleksi DVD aku tak banyak lagi. sabtu nie nak pergi carboot. cari DVD murah. yg pasti, original. paling murah harga dalam 3 pound. ok laa kan. aku nak cari DVD cite cikanos.. Blood In Blood Out. ada jual kat ebay, harga dia dalam 9.99. nanti masuk elaun bulan depan, aku beli.
ok. selamat menyambut hari merdeka. kat malaysia cuti merdeka. kat UK hari nie cuti bank holiday. tapi aku still kat school. bosan sialll kat rumah.
posted by mizie at 11:43 AM
::
AF DAH HABIS?
sorry laa, aku kat UK. so jarang sangat update cite kat malaysia. yang aku tahu, kat mesia dalam bulan nie kecoh pasal AF (ke dah lama habis?). bila aku bukak online newspaper, ada je cite pasal AF.
masa aku balik june baru-baru nie, mostly setiap channel ada rancangan macam nie. undian secara SMS oleh penonton. dah takde dah juri profesional or sesapa judge yg kasi markah. semua pakai SMS. RTM dengan Bintang RTMnya, 8TV and TV3 dengan Malaysian Idolnya, NTV7 dengan Who Will Winnya. and semuanya pakai SMS method. aku rasa, kaya company tu. satu SMS dah berapa, lepas tu pulak ada berapa minggu. ada je nak cari sumber duit.
kat UK nie, cuma ada dua je rancangan macam tu. satunya FAME acedamy and satu lagi Pop Idol. aku lebih suka Pop Idol. tahun lepas yang menang pompuan. and dia tak laa cantik pun. tapi suara dia kelas gitu. masa dia nyanyi lagu Mariah Carey, mmg best. tapi dia tetap menang (aku pun undi dia, hahaha). bagi aku, aku lebih prefer orang yang suara sedap tapi kurang menarik dari orang yang nampak hensem and lawa, tapi suara out. kalau korang beli CD dia, ko dengar suara ke ko dengar muka dia?
so, berbalik kepada cite AF tadi. masa aku balik june lepas for my bro's wedding, one of the guest yang datang rumah aku hari tu adalah salah sorang cikgu kat AF nie. aku mula-mula tak kenal pun sape (rumah aku mana ada ASTRO), tapi kakak ipar aku yang kasi tahu. ooo, nie ke cikgu siti hajar. aku sempat borak sikit je dengan dia. rupanya ada bau-bau bacang. dia tu rupanya dua pupu ngan ayah aku (kalau tak silap) sebab ayah dia ngan arwah datuk aku sepupu. so, kalau sesape nak masuk akademi fantasia musim ketiga, boleh contact aku. kita pakai jalan belakang. hahahaha...
aku pun tak pasti laa samada betul ke cikgu siti hajar tu or just pelanduk dua serupa (aku tak sempat nak tanya nama dia - sibuk incharge kenduri). aku letak kat sini gambar yg aku amik masa kenduri and gambar dia dalam
webpage AF. sila buat perbandingan. satu pakai tudung, and lagi satu tidak. cari 5 perbezaan (macam teka-teka dalam paper pulak).
p/s: apsal Kaer tak menang?
posted by mizie at 12:01 PM
::
MIZIE SETANDING TIGER WOODS
last saturday, one friendly golf tournament has been organized at my place. this game was especially conducted for a bigginner in golf (like me) a.k.a rookie to give them an exposure about this game. kalau kat mesia, memang aku tak mampu nak main. training je dah berapa, nak pergi driving range utk berlatih swing pun mahal, apatah lagi kalau nak main kat course yang sebenar. as far as i know, to play golf in malaysia, you should be a club member. and, it's not cheap. as far as i know, paling cikai pun 10k per year. betul tak? aku tak tahu pasal benda nie, if anybody have experience, let me know ok?
my performance in that game was not so bad (puji diri sendiri nampak). this course just has a 9 hole. so to play a 18 hole games, i need to make two rotation. it takes 4 and a half hours to complete. letih siakkk!!! dah laa lapar. i only manage to get 1 par, 4 boogie and others ber'boogie-boogie'. apa boleh buat, 3 kali aku masuk sand bunker. susah beb nak keluarkan. and the worse stroke was 14 for par 5. tu angkara sand bunker laa tu. hampes!!!!!!! tensen aku. so, the conclusion, my result is 23 above par (+23) and plays with handicap 36. teruk sangat-sangat. maybe lepas nie aku boleh improve. not bad for beginner, right?
ada mana-mana dato' or tan sri nak main ngan aku ke? mana tahu boleh bincang business ke, projek juta-juta ke, aku boleh je nak join. hohoohoh...
p/s: nike sponsor aku masa main. sama macam tiger woods jugak laa.. hehehe.
posted by mizie at 1:41 PM
::
OH MIA SARA, TIDURLAH
dah berkali-kali aku putarkan lagu Mia Sara nyanyian Afdlin Syauki nie. walaupun lagu nie bagi aku biasa saja, tapi aku suka. alangkah indahnya kalau aku terer main gitar. setakat basic chord tu aku tahu la. tapi kalau dah masuk full chord, plucking, goreng-goreng.. aku surrender. aku tak reti langsung. banhkan strumming aku pun tunggang langgang. bak kata abang aku, lari tune.
Modar, ajarlaaa aku main gitar. aku tahu ko mesti terer punya.
kekadang bila teringatkan kawan-kawan aku yang terer main gitar nie, best je layan diorang. sambil baring boleh petik, sambil duduk, sambil berdiri. yang penting, boleh melayan perasaan. kat UK nie takde budaya duduk tepi tembok main gitar. tapi aku rasa, budaya tu layan gile ape. lepak petang-petang. buat kopi/nescafe panas, lepas tu petik gitar. nanti ada laa dua tiga awek datang. join sekali. "abang, leh main lagu nie tak?", "abang main lagu nie yek, ain nak nyanyi" and yang paling penting "esok abang main gitar lagi tau, yanti suka laa..." hahaha. bukan ape, aku masih teringat sorang kawan aku nie. ngayat awek pakai gitar. gitar memberi dia modal, modal menabur minyak. hampess je.
ermmm, sape tahu apa maksud Mia Sara? ada sesape punyai buku nama-nama anak tak? aku suka nama tu. cuma aku nak tahu maksudnya. sebab dalam database aku, aku dapat dua nama. ni pun amy yang kasi. dia nak anak nama Fariza Hani ngan Farisha Amira (aku mmg suka sangat bab berangan nie). angan nak anak dua. dua dua pompuan. boleh ke camtu? aku nak max 4. baru meriah sikit rumah. wooo hoooo.... berangan sakan. kawin pun belum. setakat hantar cincin tanda, dah berangan macam nak kawin. yak ampunnn...
kalau aku letak nama bakal anak aku nanti Mia Sara Hani ngan Mia Sara Amira, ok tak? tapi aku nak jugak nama amy and aku ada sekali. Emilda Zuraini + Mohd Hamizi = ? anak linda rafar ngan keifli (dah cerai dah), diorang letak nama depan Keiflin. aku nak letak ape yek? takpe, banyak masa lagi nak pikir. huhuhu... angan tak sudah.
aku nak nyanyi nie, lagu mia sara. tutup telinga, aku nyanyi sumbang!!
Mia sara
waktu pagi, kau sinari
hidup ini
bangun papa, bangun mami
kau sebut ditelinga kami
satu hari, kau kan pergi
tinggal kami besendiri
walau apa kan terjadi
kau tetap akan kami cintai
oo Mia sara
tidurlah, kami kan bersamamu
dibuai mimpi yang nan indah
dan doa papa mama mu
tidurlah, Mia sara
tidurlah, Mia sara
tidurlah
rambutmu, matamu, bibirmu, hatimu
senyummu, tawamu, dihatiku selalu
tidurlah Mia sara
tidurlah Mia sara
tidurlah Mia sara
ooo tidurlah
tidurlah
p/s: apa korang buat weekend nie? tidur ke?
posted by mizie at 2:50 PM
::
GOOD BYE MR COOL
thanks to modar and gbum for your admonition. eventhough i didn't know much about both of you, seems you care about me. but where is my 'long time' frens? where have they been? sucks!!!! that's why i love to be alone. stop thinking about others. better for me to care about myself.
being with fren or being with yourself. which one will you choose?
early this morning when i'm walking to my school, there was an old women and maybe her daughter come approach me. she talk to me about a religion and ask me about mine. i told her i'm a muslim and then she got excited. i don't know why. we start talking about what happen to the world now. i'm start talking from they eyes of a muslim peoples. and i also questions her back about her religion and her opinion between old testiment and new testiment. our conversation just last for 10 minutes because i'm on my way to my school. then she asked me if she can come to visit me. i just said yes (walaupun aku rasa aku takde weekend nie). maybe she want to talk more and discuss with me. jangan risau, aku still orang ISLAM. mungkin dia suka bila aku macam nak berdebat dengan dia. berdebat mengenai agama aku and agama dia. and then we can proof, is it ISLAM or cristian yang merupakan agama yg sebenar.
talk about religion, i have watched a documentary about shah rukh khan (shit!! boleh aku tengok pasal mamat nie plak). actually this week in ITV, they show about him. last sunday, there was a Devdas and..... ala, aku lupa plak tajuk cite tu (ada amitha bachan sekali, cite pasal family kalau aku tak silap) show on the TV. maybe this kind of movie have a good response from the viewers. nak buat camne, ramai india kat sini. sampai MP kawasan aku pun orang india. oppsss.. berbalik ke cerita shah rukh khan nie, baru aku tahu dia nie sebenarnya muslim. tapi yang peliknya, dia sembah jugak patung hindu tu. dalam rancangan tu ada tunjuk keadaan dalam rumah dia. and ada satu kawasan tu untuk dia sembahyang. dari apa aku nampak, ada dua patung (aku tak tahu laa dia sembah patung ape) and yang aku terkejut, kat tepi tu ada satu kitab besar. aku mula-mula ingat buku sanskrit ke ape, rupa-rupanya Al-Quran. dia ada cakap yang dia amat percaya kepada Allah, tapi dia sembah dua-dua. camne nie? any coment?
aku dah tukar lagu dah. takde lagu jiwang-jiwang. kali nie aku letak theme song sakura wars. kalau korang layan kartun dia, maybe korang ingat lagu nie. aku tak suka sangat kartun dia, cuma aku suka lagu dia. macam ada semangat semerah padi.
anyway, sabtu nie aku ada farewell golf utk housemate aku sebab dia nak balik dah mesia for good next week. so, aku main bersama rookies lain. just for fun. aku tak terer pun, setakat nak swing tu boleh la. naik ke idak belum tentu. tengok performance. sepanjang aku main nie, birdie baru sekali, par ada laa jugak, boogie banyak sangat, double boogie lagi laaa banyak and ber boogie-boogie pun banyak. at least main orang yang sama level (sama-sama tak terer) best jugak. kalau yang dah terer sangat tu, mau menyampah main ngan aku. hope i will have fun this saturday.
see yaa!!!
posted by mizie at 10:41 AM
::
SMELL LIKE SHIT!!
aku cuba menilai balik diri aku, aku nie hidup untuk apa? aku cuba berfikir, mencari jawapan. tapi hampeh, aku tak jumpa apa. aku rasa, aku nie takde aim. aku main jalan je ikut kata hati aku. ikut suka je aku nak buat apa. mungkin sebelum nie aku ada target aku sendiri, tapi semua tu semakin hari semakin hilang. hilang entah kemana. aku cari balik dah tak jumpa. aku rasa dia hilang semasa aku tidur, tak pun masa aku mandi. hilang bersama daki-daki badan aku. or ada orang datang mencurinya. yang pasti tak siapa tahu, termasuk juga aku.
bila keadaan jadi macam nie, aku jadi bosan. aku rasa, buat ape aku nak hidup. buat pun bukan dapat ape. sebab tu aku rasa nak je orang langgar aku, tembak aku ke, gabanZ aku ke. tapi, lemah ke aku nie? aku cepat menyerah kalah. aku cepat give up. aku kurang support. aku kurang pedoman. aku kurang panduan. ataupun jarum kompasku patah?
jiwa aku sejak akhir-akhir nie jadi sangat sentimental, cepat tersentuh. aku cepat mengalirkan air mata walaupun aku tak tahu untuk apa airmata itu. nak diakatakan aku menangis kerana homesick, tak pula. rindukan amy, tak juga. tapi untuk apa airmata itu? selagi kilang air mata ku berfungsi, biarlah ia mengalir. selagi telaganya berisi, berilah ia keluar. tapi tahukah kalian apa rasa air mata ini? nampak je air mata tu putih jernih, tapi masin rasanya. aku rasa badan aku banyak garam, or maybe memang dah diciptakan air mata rasa masin? cermin cermin kan lah semua ini.
last week, malaysian community kat university aku nie ada buat family day. tapi bagi aku, sungguh membosankan. aku rindukan keadaan sebelum nie. semuanya best. tapi sekarang nie dah wujud banyak watak-watak yang menyakitkan hati. dengan erti kata lain, aku tak suka. bukan aku nak kata aku ni bagus, mmg aku tak suka. aku nak buat camne. aku tak suka orang bercakap besar. aku tak suka orang mengarah tapi dia tak buat kerja, sedangkan kalau succesfull, dia nak nama. aku tak suka orang yang suka buat hal sendiri, tak mo bercampur ngan orang. aku tak suka orang datang duduk rileks, tapi bila bab makan dia paling hebat. orang lain penat bakar satey, dia sedap tidur bawah pokok. banyak lagi laa perkara yang aku tak suka.
sebab itulah, mulai dari beberapa minggu lepas, aku lebih suka bersendiri. aku menjauhkan diri dari orang. aku tak involve lagi dengan benda yang melibatkan orang. aku pindah rumah pun, aku tak cakap kat sesiapa. biar aku penat angkat barang tu semua. janji aku tak menyusahkan orang lain. aku susah, aku sendiri tanggung. bila orang tanya, baru aku jawab aku pindah mana. memanglah orang kata hidup kena bermasyarakat, tapi dengan keadaan masyarakat sekarang, aku rasa better aku hidup berseorangan. aku boleh hidup berdikari, jangan risau. aku bukan kanak-kanak 4 tahun lagi. semua perkara aku boleh buat. melainkan satu je, aku masih belum boleh buat anak sendiri. aku belum kawin. =p
banyak kita kenal orang, lagi banyak ragam kita tahu. ada yang kita selesa, ada yang kita tak suka. so, pilihlah mana yang kita berkenan. dengan erti kata lain, tepuk dada tanya selera.
p/s: maybe next 2 week, aku nak pergi memancing. mancing kat lautan UK. doa-doa aku dapat ikan. tak pun aku lemas di lautan. mana tahu kan?
posted by mizie at 4:42 PM
::