Friday, May 27, 2005

WHAT A GAME

aku rasa, inilah antara final
yang paling best pernah aku tengok
sepanjang aku suka layan bola
satu-satu keputusan yang susah aku jangkakan
3-0 kena tinggal, boleh bangun 3-3
dalam tempoh 6 minit
inilah yang dinamakan bola
bola itu bulat, apa apa boleh jadi

final antara AC Milan and Liverpool
penentuan Juara Liga Juara-Juara
piala yang dianggap paling berprestij
kerna apa?
kerna ia adalah rebutan semua kelab-kelab
terbaik di eropah
disertai semua bintang-bintang ternama
sebut sahaja siapa, semua ada disini

pada mulanya permainan
hati ini mahukan AC Milan yang menang
sebab aku nie Chelsea supporter
bukan baru sokong tau
dah lama jugak laa.. zaman Rud Gullit dulu
aku sokong AC Milan sebab
Liverpool kalahkan Chelsea pada semifinal

aku sangkakan, lepas kena tinggal 3-0
maybe liverpool punya games akan jadi tak best
(mmg liverpool punya games, tak best pun)
tapi lepas gol pertama Liverpool
aku rasa macam nak sokong Liverpool pulak
can u imagine, within 6 minutes
they can get goals!!!
WHAT A GAME!!!!
dan akhirnya, Liverpool menang
dengan sepakan penalti
Dudek yang bagi aku
bukanlah penjaga gol yg terbaik bagi sepakan penalti
kalau nak di bandingkan dengan Dida
tapi mungkin dua kali save
satu tanduk and satu kali sepak padu
dalam jarak 2 meter dari gol
give him confident

apa yang aku nak simpulkan disini
inilah semangat yang aku nak tengok dalam
bola sepak malaysia
tapi, hampesssssssss!!!!!!
aku rindukan zaman bola sepak semi-pro dulu
setiap games, penuh dengan aksi aksi hebat
bukan calang calang permainan yang ditunjukkan

kini, walaupun dibuat liga super
tapi permainan takde laa super pun
sikit pun tak
pernah satu ketika dahulu
orang kata macam main budak sekolah je
teruk sungguh

aku teringinkan kemajuan dalam bola sepak malaysia
pasukan yang sungguh digeruni suatu ketika dahulu
pernah mengalahkan arsenal 2-0
pernah mengalahkan czechoslovakia 3-0
pada final pesta bola merdeka pada tahun 1986
membelasah korea selatan 3-1
pada final pesta bola merdeka pada tahun 1993

tapi adakah sejarah ini akan berulang kembali?
aku rasa mungkin tidak
selalu attitude pemain tidak berubah
baru diambil jadi player malaysia
dah rasa bangga sangat
macam terer gilaa
tapi, tak pun terer sangat
memalukan ada laa aku rasa
sedih aku sedih

semoga era kegemilangan bolasepak malaysia
akan kembali

posted by mizie at 12:24 PM ::



Wednesday, May 04, 2005

BULAN SUKAN SUDAH BERMULA

bukan sukan SEA atau sukan OLYMPIC
tapi hanyalah sukan untuk
student malaysia kat uni aku nie
at least ada gak aktiviti nak dibuat hujung minggu
tahun nie, nama rumah dah ubah
sebelum nie guna warna
then tahun berikutnya guna pangkat pahlawan
temenggung, laksamana dengan bendahara gitu
tahun nie lain sikit
ikut tajuk filem P.Ramlee
Tiga Abdul vs Ahmad Albab vs DO RE MI
aku rumah DO RE MI
hahaha.. DO RE MI kaler merah

tahun nie nak main apa yek?
tak tahu lagi nak main apa
aku masuk ikut mana yang aku suka je
tapi seingat aku, aku main semua games
hahaha.. tamak tul aku
tapi berbaloi jugak
dapat laa johan volleyball
dengan 3rd tenis
ok apa kan?
janji ada hadiah

tahun nie tak tahu laa apa nak jadi
asalkan aku main suka hati
weekdays pening kepala
weekend aku enjoy

target aku utk games tahun nie
nak jadi top 3 rookies for golf
doakan aku berjaya ok
swing dah nampak hasil
ada laa accuracy sikit
sebelum nie, jauh merayau je bola tu

cuaca pun dah ok
dah mula panas, dah masuk musim summer pun
gelap pun around 9pm
puas laa nak celik
tidor pun asyik terjaga
sebab dah cerah awal
pukul 5 pagi dah cerah
langsir plak nipis je
kena carik tebal sikit laa camni

jumpa lagi, tata!!
nak layan lagu ROCK KAPAK!!

posted by mizie at 3:38 PM ::