Thursday, June 30, 2005

SEBULAN SEKALI KE AKU UPDATE?

aiseh.. acap kali aku macam dah malas nak update blog
sebabnya aku takde idea nak tulis apa
kalau tulis benda yang merepek
baik aku masak nasik and makan
lagi bagus
ada gak faedah untuk tubuh badan yang sihat
entah la labu

banyak benda yang berlaku June tahun nie
salah satunya
aku dah genap 25 tahun
aiseh, dah tua ke aku nie?
dah 25 dah umur aku
kejap je aku rasa, macam semalam aku baru lahir kat dunia
pejam celik pejam celik
memang cepat masa berlalu
tup tup dah 25 tahun
suku abad aku hidup kat dunia nie
so, selama yang aku dah hidup nie
apa aku dah buat?
baguskah apa yang aku buat
atau aku hanya mensia-siakan masa 25 tahun yang aku ada ni?
cermin-cerminkanlah wahai diriku
tahun depan dah 26
lepas tu 27
kemudian 28
tak lama lepas tu 29
dan akhirnya... 30 tahun
adakah aku mampu melihat diri aku nie pada usia 30 tahun
ataupun aku maut ditengah jalan
aku tak tahu
ajal dan mauk ditangan Allah
kalau Dia hendak tarik nyawa aku sekarang
tengah menaip ni pun aku boleh mati
Nauzubillah.. semoga dipanjangkan umurku dan murah rezeki

banyak benda yang jadi during this month
tapi yang paling aku seronok
pergi camping last week
my first experience ever camping kat sini
sebelum nie memang teringin
tapi takde geng and tak berkesempatan
so kali nie ada orang ajak
aku terus je cakap ON
yang lain tu family
aku sorang je bujang
diorang tidor dalam khemah ada partner
aku tido sorang sorang tengok bumbung khemah
ape kelassssssss!!!!!

trip camping kali nie buat kat folkestone
somewhere within dover area
dekat ngan kawasan encik malek yang berenang ke Calais tu
berenang je dapat Dato'
apsal aku berenang tak dapat apa-apa?
birokrasi kah semua ini?
plan utama datang camping kat sini sebab nak try beach fishing
tengak dalam internet, banyak orang dapat ikan besar-besar
member pun ada yang dah datang
banyak balik ikan penuh satu tong
tu yang best tu
tapi apakan saya, takde rezeki aku rupanya
ikan besar yang diharapkan, punah sama sekali
bukan musim dia laaaa...
orang kat situ kata kitorang lambat 3 hari
kalau datang awal sikit
ada rezeki bawak balik ikan best best
inilah resam sang pemancing
ada rezeki, banyaklah dapat ikan
kalau takde, cuba lain kali
maybe next month, akan buat satu trip lagi
just for anglers
kali nie pergi laut dalam
insyaallah, tengah bulan depan kalau ada rezeki
kalau dapat ikan besar, aku kasi tunjuk itu gambar
nak tunjuk ikan kecik punya gambar
tak feel laa pulak nanti

so, apa akan jadi pada bulan julai nanti?
kita tungguuuuuuuuuuuuuuuu....


quater-finalist dam aji terbuka lelaki UK 2005. aji aku kena curik sebab tak makan.. huaaa




sedang mengira kelajuan angin, arah mana yaa angin bertiup sekarang nie?

posted by mizie at 2:13 PM ::